Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ramai Anggap Sama, Rupanya Ini Perbezaan Besar "Burnout" & Keletihan Mental
Lebih-lebih lagi dalam situasi yang mencabar seperti situasi sekarang yang penuh dengan cabaran dan menjadi pencetus stres, kerisauan, cemas dan emosi negatif lainnya.
Emosi negatif dapat membuat seseorang mudah merasa kesal, lelah dan bahkan mati rasa. Keadaan ini dapat menyebabkan keletihan pada otak yang mungkin kita tidak sedari.
Ramai yang menyangka ia sekadar rasa “burnout”, sedangkan hakikatnya mungkin itu adalah keletihan mental.
Justeru, SK kali ini akan menjelaskan perbezaan antara keletihan mental dan “burnout” serta cara menanganinya, menurut Hello Doktor.
Keletihan mental adalah keadaan di mana seseorang berasa terlalu letih dari segi mental, yang boleh mempengaruhi prestasi harian dan kesejahteraan keseluruhan.
Ia terjadi disebabkan oleh aktiviti kognitif otak yang berpanjangan.
Keadaan ini sering dialami oleh individu yang terlibat dalam pekerjaan yang memerlukan tumpuan serta pemikiran intensif untuk tempoh masa panjang.
Keletihan mental juga dikenali sebagai keletihan kognitif, di mana otak mengalami penurunan kemampuan untuk berfungsi secara optimum.

Ini biasanya berlaku selepas tempoh aktiviti mental yang intensif dan berterusan tanpa rehat yang mencukupi.
Keadaan ini berbeza dengan keletihan fizikal, di mana tubuh badan berasa lemah dan tidak bertenaga.
Dalam keletihan mental, walaupun tubuh badan mungkin masih mampu berfungsi dengan baik, namun minda menjadi letih dan tidak dapat mengekalkan tahap fokus dan kecekapan yang sama.

Selain itu, penat mental boleh disebabkan oleh tekanan yang berpanjangan, tuntutan pekerjaan yang tinggi, dan kekurangan tidur yang berkualiti.
Keadaan ini boleh memberi kesan negatif kepada kemampuan seseorang untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan mengekalkan produktiviti.
Oleh itu, adalah penting untuk mengenali tanda-tanda awal keletihan mental dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengatasinya.
Seperti keadaan lain, penat mental juga boleh dikesan dengan pelbagai tanda.
Antara tanda-tanda yang menunjukkan anda mengalami keletihan mental adalah seperti berikut:
#1. Kesukaran untuk fokus
Seseorang itu mungkin mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan atau perhatian kepada tugas-tugas harian.
#2. Ingatan menjadi lemah
Keletihan mental boleh menyebabkan seseorang mudah lupa atau sukar mengingati maklumat-maklumat penting.

#3. Kekurangan motivasi
Anda juga mungkin tidak bersemangat atau tidak bermotivasi untuk melakukan aktiviti yang biasanya memberikan keseronokan atau dirasakan penting.
#4. Keletihan yang berterusan
Anda turut berasa letih sepanjang masa walaupun setelah mendapat waktu tidur yang mencukupi.
#5. Perubahan emosi
Penat mental boleh menyebabkan seseorang menjadi mudah marah atau berasa tertekan.
Keletihan mental bukanlah satu keadaan yang kronik seperti mana maksud burnout.

Ia masih terkawal dan boleh diatasi dengan langkah-langkah mudah yang terbukti berkesan.
Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi keletihan mental yang anda alami:
#1. Pastikan rehat secara berkala
Mengambil masa untuk berehat seketika sepanjang hari boleh membantu mengurangkan keletihan mental.
Berehat sebentar untuk meregangkan otot atau berjalan-jalan seketika boleh memberikan perbezaan yang besar.
#2. Tidur yang cukup
Pastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi setiap malam. Tidur yang baik membantu otak pulih dan memulihkan tenaga mental.
#3. Senaman secara berkala
Melakukan senaman secara berkala boleh meningkatkan tahap tenaga dan sebagai cara mengatasi penat mental yang baik.

Senaman juga membantu meningkatkan mood dan ketajaman mental anda.
#4. Pengurusan masa
Mengurus masa dengan baik dan menetapkan keutamaan untuk tugas-tugas anda boleh membantu mengelakkan tekanan yang berlebihan yang boleh menyebabkan keletihan mental.
#5. Pengambilan nutrien yang tepat
Pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien penting boleh membantu memulihkan tenaga mental.
Ini termasuklah pengambilan asid amino seperti L-Histidine yang boleh membantu melegakan penat mental, memberikan pemikiran yang lebih jelas dan fokus, serta mempercepatkan masa reaksi kognitif.
Ya, keletihan mental boleh dirawat dengan langkah-langkah yang betul.

Menggabungkan rehat yang mencukupi, senaman, pengurusan masa yang baik, dan pengambilan nutrien yang tepat boleh membantu mengurangkan keletihan mental dan memulihkan tenaga mental.
Penggunaan suplemen yang mengandungi asid amino seperti L-Histidine boleh memberikan sokongan tambahan dengan membantu meningkatkan ketajaman mental dan respons kognitif.
Apa maksud burnout yang sebenar? Maksud burnout adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami keletihan fizikal, emosi dan mental yang melampau akibat tekanan yang berpanjangan, terutamanya yang berkaitan dengan kerjaya.
Burnout berlaku apabila seseorang berasa penat dengan tuntutan tugas yang berlebihan dan kehilangan motivasi atau kepuasan dalam kerja mereka.

Tanda tanda burnout termasuklah:
Keletihan yang berterusan
Penurunan prestasi kerja
Perasaan negatif terhadap tugas-tugas kerja
Rasa tidak berdaya
Meragui kemampuan diri
Menundakan tugas
Ini adalah maksud burnout dan tanda tanda burnout.
Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa keletihan mental boleh menjadi pencetus utama kepada burnout apabila dibiarkan berlarutan tanpa intervensi yang sesuai.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa keletihan mental yang kronik boleh mengakibatkan penurunan dalam kapasiti kognitif dan emosi individu secara signifikan, menjadikannya sukar untuk mengatasi tekanan harian.

Apabila seseorang mengalami keletihan mental, mereka cenderung mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian, membuat keputusan dan menyelesaikan tugas yang kompleks.
Keadaan ini boleh menyebabkan penurunan prestasi kerja dan rasa tidak berdaya, yang merupakan tanda tanda burnout.
Kajian juga menunjukkan bahawa, burnout sering berkembang apabila terdapat ketidakseimbangan antara tuntutan pekerjaan dan sumber yang tersedia untuk memenuhi tuntutan tersebut, yang sering dipicu oleh keletihan mental yang berpanjangan.
Oleh itu, penat mental bukan sahaja mempengaruhi kesejahteraan individu dalam jangka pendek.
Namun, ia juga boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti maksud burnout di atas jika tidak ditangani dengan betul.
Jelas sekali bahawa maksud burnout tidak sama dengan keletihan mental.
Namun, keletihan mental boleh menyebabkan apa yang disebut sebagai maksud burnout jika tidak diatasi lebih awal.
Pengambilan nutrien yang betul boleh membantu mengurangkan keletihan mental dan memulihkan tenaga mental.
Ini sekali gus memberikan anda keupayaan untuk berfikir dengan jelas dan bertindak balas dengan cepat.