Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan menziarahi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.
Kunjungan baginda itu dikongsikan menerusi hantaran terbaharu di halaman Facebook rasmi Tun Dr Mahathir pada Ahad.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik, Tuanku Syed Sirajuddin dilihat meluangkan masa berbual bersama Tun Dr Mahathir dalam suasana mesra.
Turut diadakan semasa kunjungan berkenaan ialah bacaan doa selamat dan doa kesejahteraan khusus buat mantan Perdana Menteri itu.

