Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sultan Brunei Berkenan Ziarah Tun M Di IJN

Sultan Brunei
Kredit: Dr. Mahathir Mohamad

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan mencemar duli menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dikongsikan dalam hantaran Facebook Dr Mahathir, hari ini bersama beberapa gambar pertemuan berkenaan.

Sultan Brunei Berkenan Ziarah Tun M

Berdasarkan perkongsian, kunjungan baginda turut berangkat bersama, Putera Abdul Mateen Bolkiah

Sebelum ini, Dr. Mahathir, 101, dimasukkan ke IJN pada 29 September lalu untuk mendapatkan rawatan dan pemerhatian.

Anak beliau, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, kemasukan Dr. Mahathir ke IJN dibuat bagi membolehkan beliau mendapat perhatian selepas pemergian Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Allahyarham Siti Hasmah, 100, meninggal dunia di IJN pada 28 September lalu sebelum dikebumikan di Pusara Negara, Putrajaya dengan Istiadat Pengebumian Negara

Intipati
  • Sultan Hassanal Bolkiah menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara.
  • Kunjungan itu dikongsikan menerusi Facebook Dr Mahathir bersama beberapa gambar pertemuan.
  • Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 29 September untuk rawatan dan pemerhatian.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan