Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Qarbotech Menang Hadiah Utama Di SusHi Tech Challenge 2026

SUSHI

Qarbotech Menang Hadiah Utama Di SusHi Tech Challenge 2026

Qarbotech telah dianugerahkan Hadiah Utama di SusHi Tech Global Pitch Challenge 2026. Syarikat tersebut muncul sebagai juara daripada lebih 800 penyertaan global dalam salah satu platform inovasi paling kompetitif di Asia, yang berlangsung sempena SusHi Tech Tokyo 2026 di Tokyo Big Sight.

Qarbotech telah meraih penghormatan tertinggi dan memenangi hadiah ¥10 juta (kira-kira AS$62,000), selepas melalui proses pemilihan yang ketat, di mana hanya 20 syarikat pemula (startup) mara ke peringkat separuh akhir, dan 18 bertanding dalam pusingan akhir. Para peserta mewakili lebih 60 negara dari seluruh dunia.

Kemenangan Qarbotech ini menandakan detik penting bagi ekosistem agritech pintar iklim Asia Tenggara, sekali gus membuktikan bahawa inovasi dari Global South kini semakin mendapat pengiktirafan di peringkat dunia.

Kemenangan dalam Pertanian Lestari

Di teras kejayaan Qarbotech adalah teknologi peningkatan fotosintesis berasaskan nanokarbon yang direka untuk meningkatkan keupayaan tumbuhan menggunakan tenaga cahaya dengan lebih efisien dengan mengoptimumkan proses biologi sedia ada.

“Innovasi Qarbotech meningkatkan keupayaaan tanaman dalam penggunaan tenaga cahaya,” kata Chor Chee Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Qarbotech. “Di rantau seperti Asia Tenggara, cuaca mendung dan musim hujan yang berpanjangan boleh mengurangkan produktiviti sehingga 40 peratus. Teknologi kami merapatkan jurang tersebut.”

Pengiktirafan di Peringkat Tertinggi

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, semasa majlis penutup.

“Apabila Gabenor Tokyo menyebut nama Qarbotech, saya merasakan gelombang emosi yang sukar digambarkan,” kata Chor. “Ia adalah pengiktirafan yang amat bermakna terhadap segala yang kami perjuangkan. Kemenangan ini adalah untuk komuniti petani yang banyak berjasa dalam memastikan keselamatan makanan setiap hari.”

Pengembangan Melalui Kerjasama Strategik

Qarbotech menangani penerimaan pasaran melalui strategi pengedaran berasaskan rakan kerjasama, termasuk bekerjasama dengan pengeluar benih, pengeluar bio organik, dan pengedar input pertanian.

Qarbotech turut menggunakan bahan berasaskan pertanian, justeru memastikan rantaian bekalan yang stabil dan boleh diskalakan, sambil mengurangkan pendedahan kepada turun naik harga komoditi.

Satu Pencapaian untuk Malaysia dan Asia Tenggara

Chor Chee Hoe menyifatkan kemenangan ini sebagai lebih daripada sekadar pengiktirafan terhadap teknologi mereka, ia mengesahkan kesediaan syarikat untuk berkembang ke tahap seterusnya.

Sebagai juara 2026, Qarbotech kini bersedia memanfaatkan momentum ini untuk mempercepatkan pengembangannya ke beberapa pasaran utama di Asia, di mana kekangan tanah dan keperluan untuk mencapai sara diri makanan terus menjadi agenda nasional yang penting.

Pencapaian ini turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab bioteknologi berimpak tinggi, di samping memberi isyarat kepada startup Asia Tenggara bahawa pentas global berada dalam jangkauan.