Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

UniMAP Bangun Kereta Lumba Elektrik E-55, Bakal Berentap Di Finale NxGV Challenge 2026

UniMAP Bangun Kereta Lumba Elektrik
Kredit: UniMAP

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sekali lagi melakar pencapaian membanggakan apabila mahasiswanya berjaya menghasilkan jentera kereta lumba elektrik (EV), E-55, menerusi pasukan UniMAP Automotive Racing Team (UniART).

Iklan

Menerusi satu kenyataan, UniMAP berkata E-55 telah dilancarkan secara rasmi oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal (FKTM), Prof. Madya Ts. Dr. Noorhafiza Muhammad.

Turut hadir ialah Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik (FKTE), Prof. Madya Dr. Haziah Abdul Hamid, sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan jentera berteknologi elektrik itu.

UniMAP turut menjelaskan bahawa E-55 bukan sekadar sebuah jentera perlumbaan EV, sebaliknya mencerminkan keupayaan mahasiswa mengaplikasikan ilmu kejuruteraan yang dipelajari dalam pembangunan teknologi sebenar.

“Daripada perancangan, reka bentuk, pembangunan sehinggalah kepada persediaan teknikal, semuanya menuntut komitmen, ketelitian dan semangat kerja berpasukan yang tinggi,” kata UniMAP.

UniMAP turut berkata kejayaan merealisasikan projek tersebut bukan hasil usaha mahasiswa semata-mata.

“Sokongan, bimbingan serta perkongsian kepakaran daripada staf FKTM dan FKTE menjadi antara tunjang penting dalam memastikan setiap proses pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik.

“Inilah manifestasi sinergi antara mahasiswa dan warga akademia dalam membudayakan pembelajaran berasaskan pengalaman serta amalan kejuruteraan yang mendekati realiti industri,” ujar UniMAP.

UniMAP Bangun Kereta Lumba Elektrik E-55

Dalam pada itu, E-55 bakal membuat penampilan di Finale NxGV Challenge 2026 yang akan berlangsung di Rawang pada 26 hingga 29 November ini.

“Pastinya, penyertaan ini bukan sekadar menguji keupayaan sebuah jentera elektrik, malah menjadi medan untuk mahasiswa membuktikan kebolehan, ketahanan mental, kreativiti dan kompetensi dalam bidang kejuruteraan automotif masa hadapan.

“Warga FKTM dan FKTE mendoakan agar pasukan UniART terus diberikan kekuatan, kelancaran serta kejayaan dalam menghadapi pertandingan ini,” kata UniMAP.

UniMAP turut berharap agar E-55 menjadi jentera yang membawa kebanggaan, sekali gus mengharumkan nama universiti serta membuktikan kemampuan mahasiswa menghasilkan sesuatu yang hebat apabila ilmu, kemahiran dan kesungguhan disatukan.

Intipati
  • UniMAP melancarkan kereta lumba elektrik E-55 yang dibangunkan mahasiswa menerusi pasukan UniART.
  • Projek itu mendapat sokongan dan bimbingan staf FKTM serta FKTE sepanjang proses pembangunan.
  • E-55 bakal menyertai Finale NxGV Challenge 2026 di Rawang pada 26 hingga 29 November.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan