Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, satu inisiatif pembangunan diri baharu diperkenalkan bagi membantu usahawan meningkatkan daya tahan serta keupayaan mengurus perniagaan.
Program dikenali sebagai “Potensi 2026: Kenali & Kuasai Potensi Diri, Wang dan Bisnes” dilancarkan oleh mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama RichWorks sebagai usaha memperkasakan komuniti usahawan tempatan.
Inisiatif yang dijadualkan berlangsung pada Mei ini memberi fokus kepada pembangunan dalaman usahawan, termasuk aspek pemikiran, kewangan serta strategi perniagaan agar lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan ekonomi semasa.

Menurut penganjur, ramai usahawan ketika ini berdepan tekanan dari segi kos operasi, aliran tunai serta perubahan pasaran yang pantas. Justeru, program ini dirangka bagi membantu peserta mengenal pasti potensi diri dan seterusnya memanfaatkannya untuk memperkukuh bisnes masing-masing.
Pendekatan yang dibawa bukan sekadar teori, sebaliknya memberi penekanan kepada tindakan praktikal dan perubahan mindset supaya usahawan mampu menyesuaikan diri dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.
Selain itu, program ini juga bertujuan membina keyakinan serta ketahanan mental dalam kalangan usahawan agar mereka tidak mudah berputus asa ketika berhadapan cabaran perniagaan.

“Potensi 2026” dilihat sebagai kesinambungan kepada pelbagai inisiatif pembangunan usahawan yang telah diperkenalkan sebelum ini, dengan penambahbaikan selari dengan keperluan semasa dan cabaran ekonomi global.
Melalui usaha berterusan ini, diharapkan lebih ramai usahawan tempatan mampu bangkit, kekal relevan dan terus berkembang walaupun berdepan tekanan ekonomi yang semakin kompleks.

Sementara itu, RichWorks Group Holdings Berhad (Richworks) terus mencipta pencapaian membanggakan apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) atas kejayaannya menjadi penyedia program pementoran keusahawanan PMKS terbesar di negara.
Pengiktirafan itu diberikan selepas seramai 4,302 usahawan di bawah bimbingan RichWorks sejak 2021 hingga Februari 2026 bahkan mereka menjana jualan terkumpul sebanyak RM15.1 bilion (2021-2025) sekali gus membuktikan keberkesanan program pembangunan krusahawanan yang dilaksanakan syarikat tersebut.

Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, pencapaian itu bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan perubahan menyeluruh yang dialami usahawan dari segi mindset, kepimpinan dan strategi bisnes.
Menurut beliau, kejayaan tersebut lahir daripada tindakan konsisten para usahawan yang mengikuti bimbingan serta kesungguhan mereka untuk berkembang dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.

Inisiatif bimbingan yang dijalankan RichWorks memberi tumpuan kepada pembangunan dalaman usahawan, selain memperkukuh aspek pengurusan kewangan, pemasaran dan operasi perniagaan secara menyeluruh.
Malah, pendekatan holistik yang digunakan turut membantu usahawan meningkatkan daya tahan, terutama ketika berhadapan ketidaktentuan pasaran dan tekanan ekonomi semasa.