Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pengganas Christchurch Mengaku Tidak Bersalah Bunuh 51 Orang, 29 Mac Lalu

Gambar: The New Daily

Lelaki yang terlibat dalam serangan masjid Christchurch mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan pembunuhan menembak mati 51 orang Muslim ketika solat Jumaat di masjid Christchurch.

Iklan

Dia yang hadir di Mahkamah Tinggi Christchurch menerusi rangkaian audio visual dari penjara kawalan ketat di Auckland, Brenton Tarrant mendiamkan diri ketika peguamnya, Shane Tait memberitahu bahawa tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.

Mahkamah juga diberitahu bahawa penilaian kesihatan mental terhadap Tarrant adalah wajar untuk dibicarakan atas pertuduhan tersebut. Oleh yang demikian, Hakim Cameron Mander telah menetapkan 4 Mei tahun depan sebagai tarikh perbicaraan. Sementara itu, Tait menyangkakan ianya akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam minggu.

Tarrant telah ditahan sementara menanti tarikh 15 Ogos untuk hadir semula di mahkamah bagi tujuan penilaian kes. Mander juga telah melarang agensi berita dari merakam atau mengambil foto penampilan Tarrant.

Sumber: AFP