Setiap tempat di Malaysia mempunyai sejarah, budaya dan keunikan tersendiri. Kadangkala, dengar nama sesebuah kawasan pun sudah cukup untuk membuatkan kita tertanya-tanya tentang kisah di sebaliknya.
Ada yang menggunakan nama haiwan, ada mengambil nama tumbuhan, malah ada nama tempat yang kedengaran unik apabila disebut.
Itulah antara perkara menarik tentang negara kita. Setiap nama ada identitinya, sampai sesetengah tempat mudah diingati walaupun kita belum pernah menjejakkan kaki ke sana.
Namun, apabila nama tempat ini sampai ke tangan netizen yang kreatif, lain pula jadinya.
Terbaharu, seorang pengguna media sosial berkongsi meme memaparkan gambar seseorang sedang memahat dirinya sendiri, sebagai gambaran berseloroh tentang penduduk Batu Pahat.
Orang Batu Pahat Be Like

Sekali tengok gambar itu, mungkin ada yang mengambil masa sekejap untuk menangkap maksudnya. Bila dah faham kaitan antara batu dengan perbuatan memahat, memang boleh tersengih.
Macam itulah rupanya apabila nama tempat diterjemahkan menjadi gambaran secara literal.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut tidak terhenti pada meme asal sahaja. Ruangan komen pula menjadi tempat netizen menyambung idea dengan kreativiti masing-masing.
Bermula dengan Batu Pahat, nama tempat lain di Malaysia turut mendapat perhatian apabila pengguna memberikan gambaran lucu tentang penduduk di kawasan berkenaan.
Orang Lain Di Malaysia?












Masing-masing tampil dengan idea tersendiri, menjadikan nama tempat yang biasa kita dengar sebagai bahan gurauan yang menghiburkan.
Bila dibaca satu demi satu, ada sahaja kaitan yang membuatkan kita terfikir, macam mana mereka boleh dapat idea sebegitu?
Nama yang selama ini disebut tanpa berfikir panjang tiba-tiba membawa bayangan lain selepas melihat kreativiti dalam ruangan komen.
Barangkali selepas ini, apabila terdengar nama sesuatu tempat, gambar dalam perkongsian tersebut pula yang muncul dalam kepala.
Begitulah netizen, satu gambar sahaja sudah cukup untuk membuka ruang kepada bermacam-macam imaginasi. Orang lain kongsi satu meme, mereka sambung sampai nama kawasan lain pun turut terlibat.
Daripada sekadar melihat perkongsian asal, akhirnya ruangan komen pula membuatkan kita membaca.
