Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Beri Bayangan Venezuela Mungkin Jadi Negeri Ke-51 AS

Venezuela Negeri Ke-51 AS
Kredit: AFP

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi bayangan bahawa Venezuela mungkin bakal menjadi negeri ke-51 negara itu susulan kerjasama minyak kedua-dua negara.

Menurut Trump, hubungan Washington dan Caracas kini semakin erat, terutama selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan berkaitan bekalan minyak Venezuela kepada AS.

Venezuela Mungkin Jadi Negeri Ke-51 AS

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Venezuela kerana hubungan kita kini menjadi sangat baik, malah benar-benar hebat,” katanya ketika berucap pada perhimpunan kempen pilihan raya pertengahan penggal di Corpus Christi, Texas, pada Selasa.

Dalam ucapan sama, Trump mengumumkan ketibaan sejuta tong minyak Venezuela pertama yang dibekalkan secara percuma menerusi perjanjian antara kedua-dua negara.

“Kemenangan bersejarah ini memberikan kita kawalan terhadap sebahagian besar bekalan minyak dunia,” katanya ketika mengulas mengenai kepentingan perjanjian berkenaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa minyak berkenaan akan diproses di Texas, termasuk di Corpus Christi, lokasi perhimpunan kempen yang dihadirinya.

Trump mendakwa pelaburan yang sedang berjalan kini membuka peluang pekerjaan di Venezuela pada skala yang menurutnya sukar dibayangkan sekiranya perkara itu dibincangkan setahun lalu.

Katanya, perkembangan tersebut berpotensi membantu Venezuela membina ekonomi lebih makmur, selain membuka ruang kepada kemungkinan negara itu menjadi sebahagian daripada AS pada masa hadapan.

“Kita membawa keluar banyak minyak untuk kegunaan sendiri, memang banyak. Venezuela akan menjadi negara makmur dan siapa tahu, mungkin tidak lama lagi ia menjadi negeri ke-51 yang makmur.

“Perkara itu mungkin berlaku,” katanya sambil mengulangi cadangan berkenaan di hadapan penyokongnya.

Trump kemudian mengemukakan gambaran lebih jelas mengenai idea tersebut apabila mencadangkan agar Venezuela mempunyai seorang gabenor yang dipilih menerusi pilihan raya, menggantikan jawatan presiden.

“Mari kita lakukannya. Jadikan Venezuela negeri ke-51. Daripada seorang presiden, kita akan mengadakan pilihan raya untuk memilih gabenor. Bagaimana, menarik bukan? Lagipun, mereka mempunyai banyak minyak,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Trump itu merupakan cadangan yang dilontarkan ketika berucap dan tidak bermakna Venezuela secara rasmi sedang melalui proses untuk menjadi negeri AS.

Sumber:Anadolu
Intipati
  • Trump berkata hubungan AS dan Venezuela semakin erat susulan persetujuan bekalan minyak.
  • Beliau mengumumkan sejuta tong minyak Venezuela pertama dibekalkan secara percuma kepada AS.
  • Trump mencadangkan Venezuela mungkin menjadi negeri ke-51, namun tiada proses rasmi berjalan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan