Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pengarah ‘Tom And Jerry’ Dilapor Meninggal Dunia Pada Usia 95 Tahun

Gambar:Metro.uk

Pengarah rancangan kartun popular ‘Tom and Jerry’, Gene Deitch, dilaporkan telah meninggal dunia pada malam Khamis lalu di apartment miliknya di Prague.

Penerbitnya dari Czech, Petr Himmel, mengesahkan berita itu kepada The Associated Press. Dia menjelaskan bahawa kematian bintang berusia 95 tahun itu adalah tanpa diduga.

Menurut laporan Metro.Uk, Gene atau nama sebenarnya, Eugene Merrill Deitch dikenali kerana mencipta kartun animasi seperti ‘Munro’, ‘Tom Terrific’, ‘Nudnik’ dan juga ‘Popeye’.

Gambar: Metro Uk

Menyelusuri serba sedikit kisah hidup mendiang, beliau pernah bekerja sebagai pelukis untuk Penerbangan Amerika Utara sejurus selepas tamat belajar sebelum dilantik sebagai tentera dan memasuki latihan juruterbang.

Beliau juga dicalonkan untuk penghargaan yang sama sebanyak dua kali pada tahun 1964 untuk ‘Here Nudnik’ dan ‘How to Avoid Friendship’.

Sumber: Metro.UK