Duta Rusia ke Amerika Syarikat, Alexander Darchiev dilaporkan meninggal dunia pada Rabu ketika berusia 66 tahun, menurut Kementerian Luar Rusia.
Darchiev yang mengetuai Kedutaan Rusia di Washington sejak Mac 2025 itu disahkan meninggal dunia secara mengejut menerusi pengumuman kementerian berkenaan.
Bagaimanapun, punca kematian diplomat itu tidak dinyatakan dalam pengumuman tersebut.
Menerusi kenyataan sama, Kementerian Luar Rusia menyifatkan Darchiev sebagai seorang diplomat cemerlang, pemimpin berpengalaman, sahabat yang baik serta mentor.
Beliau turut digambarkan sebagai seorang profesional berwibawa dan pakar dalam hal ehwal Amerika Syarikat yang pernah berkhidmat dalam salah satu bidang paling penting dasar luar Rusia.
Sebelum dilantik sebagai duta ke Amerika Syarikat, Darchiev pernah mengetuai Jabatan Amerika Utara di Kementerian Luar Rusia.
Beliau juga pernah berkhidmat di perwakilan diplomatik Rusia di Amerika Syarikat sebelum dilantik sebagai Duta Rusia ke Kanada dari 2014 hingga 2021.

