Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

ALOR SETAR, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pelajar perempuan tingkatan dua berjaya menyelamatkan diri daripada cubaan culik di Pekan Simpang Kuala di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata dalam kejadian pada 8.26 malam itu, mangsa yang merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di sini dihampiri suspek lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal.
“Semasa mangsa berjalan melalui lorong di pekan itu, suspek memberhentikan motosikal di hadapan mangsa dan terus memeluk sambil menutup muka mangsa dengan menggunakan tangan.
“Mangsa berjaya melarikan diri selepas menggigit tangan suspek dan terus berlari ke pusat tuisyen berhampiran untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Kita juga meminta bantuan pihak Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah untuk mendapatkan sampel di tempat kejadian,” katanya.
Beliau berkata usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian dan suspek, diminta menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.