Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pasukan Saintis WHO Temui Petunjuk Baharu, Kelawar Gua Dari Wuhan Jadi Bahan Kajian Covid-19

Kredit gambar: Google

Salah seorang saintis daripada WHO yang menjalankan siasatan di China telah mendedahkan bahawa kelawar gua mungkin mempunyai pentunjuk penting untuk mengesan genetik asal usul wabak Covid-19

Pakar penyakit haiwan dan ahli zoologi, Peter Daszak mengatakan pasukan saintis telah menerima maklumat baru tentang virus tersebut dan kelawar gua di Wuhan telah menjadi sebahagian penyelidikan berprofil tinggi untuk mengetahui penyakit tersebut.

Beliau juga mengatakan saat ini tidak ada bukti menyokong idea virus itu berasal dari dalam makmal yang pernah tular sebelum ini.

Sebelum ini, Daszak pernah terlibat dalam penelitian mengenai asal udul Sindrom Pernafasan Akut Parah atau SARS pada tahun 2002-2003, susulan daripada itu, mereka mendapati kelawar yang tinggal di Gua Yunnan adalah punca SARS.

Jadi, siasatan kajian ke atas kelawar gua ini sangat penting bagi menghentikan virus yang membawa ribuan juta nyawa terkorban dan dapat mengurangkan kontak dengan haiwan tersebut.

Bagaimanpun, pasukan di Wuhan masih tidak menjelaskannya lebih lanjut tentang penemuan baharu punca Covid-19 ini.

Sumber: Channel Asia