Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PAS Zahir Kesyukuran, Yakin Najib Masih Mampu Sumbang Idea Kepada Negara - Takiyuddin

PAS zahir kesyukuran
Kredit: Bernama

PAS menzahirkan kesyukuran dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan Baginda memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

PAS zahir kesyukuran

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata perkembangan itu amat bermakna bukan sahaja kepada keluarga Najib, malah kepada rakyat Malaysia yang mengenang dan menghargai jasa serta khidmat bakti beliau sebagai pemimpin yang telah membawa pembangunan kepada negara dan kemakmuran kepada rakyat.

“PAS melafaz setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dan merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan Baginda memberikan pengampunan bersyarat kepada Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda sejumlah RM50 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengampunan bersyarat itu membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat yang ditetapkan.

Dalam kenyataan sama, PAS turut mendoakan agar Najib diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalani baki hukuman di rumah.

“PAS seterusnya mendoakan agar Datuk Seri Mohd Najib terus diberikan kesihatan yang baik semasa menjalani baki hukuman terhadapnya di rumah dan yakin beliau masih boleh memberikan sumbangan idea, pandangan dan pengalamannya demi untuk kebaikan negara,” katanya.