Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan bahawa laporan audit kewangan penuh bagi kutipan sumbangan menerusi Larian Kesyukuran Muar kini boleh diakses oleh orang ramai.
Menerusi hantaran di X, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada hampir 25,000 penyumbang yang menjayakan inisiatif berkenaan.
Syed Saddiq turut menegaskan bahawa tiada wang sumbangan disalurkan kepada dirinya mahupun pasukannya, sebaliknya keseluruhan dana itu diperuntukkan kepada rakyat Muar.
“Saya dah upload Laporan audit kewangan penuh di “https://lariankesyukuranmuar.com. Kepada hampir 25,000 pemyumbang, terima kasih.
“100% ketelusan 100% akauntabiliti. RM0 ke saya dan pasukan, 100% Ke rakyat Muo,” katanya.
Sebelum ini Syed Saddiq telah melakukan Larian Kesyukuran Muar yang mengambil masa selama empat hari pada Julai.
