Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PAS Nilai Semula Kerjasama Politik Dengan Bersatu

Sofea
PAS Nilai Semula Kerjasama
Kredit: Harakah Daily

PAS Nilai Semula Kerjasama Politik Dengan Bersatu

PAS akan menilai semula kerjasama politik dengan Bersatu ekoran beberapa tindakan yang dianggap melanggar semangat setia kawan.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi satu sidang media berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu n telah menarik balik Akuan Bersumpah (SD) terhadap pembentukan kerajaan Negeri Sembilan.

Menurutnya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah menghantar surat kepada Bersatu berhubung perkara itu.

"Tiba-tiba Bersatu tarik SD itu, dibatalkan. Kita anggap ini satu langkah yang melanggar setia kawan

"Alasan-alasan yang diberi kita tak boleh terima. UMNO tak tarik, mengapa Bersatu tarik," katanya.

Selain itu, Hadi juga berkata Bersatu telah melakukan hal yang serupa di Perlis sebelum ini, yang menyokong usul tidak percaya terhadap Menteri Besar negeri itu.

"Kita telah ambil tindakan disiplin terhadap ADUN kita yang bertindak itu dan Bersatu tidak melakukan apa-apa, dia tunjuk dekat orang dia jadi Menteri Besar Perlis.

"Namun kita masih bersabar kerana nak jaga perpaduan Perikatan Nasional," katanya.

Hadi berkata segala aspek berkaitan kerjasama dengan Bersatu akan dikaji terutama menjelang Pilihan Raya.

"Bersatu dah tak boleh buat macam dulu, contohnya dia lebih memperbanyakkan calon dalam parti. Pengalaman kita dalam Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil, bila turun ke medan dia tiada pekerja dan petugas, dia ada calon sahaja. Cakap ahli dia beribu tetapi bila kita turun tinggal ahli kita sahaja," katanya yang mengulas lanjut mengenai tindakan parti Bersatu yang dianggap tidak setia kawan.