Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PRN Melaka: BERSATU Umum Bertanding Lapan Kerusi

bersatu
Kredit: Bernama

MELAKA, 29 Okt (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan lapan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, 14 Nov ini.

Antara calon diketengahkan ialah bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang dan pakar perubatan Datin Seri Dr Asmah Samat, yang merupakan muka baharu, di Pantai Kundor.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee pula kembali bertanding di kerusi berkenaan.

Senarai calon itu diumumkan Naib Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Melaka Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin pada majlis pengumuman calon di Bilik Gerakan Utama PRN Melaka Bersatu di Baitul Tariq, Klebang di sini malam ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Bersatu merangkap Pengarah Pilihan Raya parti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Senarai calon Bersatu bagi PRN Melaka:

N.04 Lendu - Nazri Ramli

N.07 Gadek - Mohd Zamri Abu Bakar

N.11 Sungai Udang - Mejar (B) Abdullah Mahadi

N.12 Pantai Kundor - Datin Seri Dr Asmah Samat

N.14 Kelebang - Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad

N.15 Pengkalan Batu - Datuk Norhizam Hassan Baktee

N.16 Ayer Keroh - Mohd Hamnaim Mohamad

N.24 Bemban - Muhammad Rabaie Ab Hamid

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Okt sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 10 Nov dan hari pengundian pada 14 Nov.

-- BERNAMA

Intipati
  • Bersatu mengumumkan lapan calon yang akan bertanding pada PRN Melaka ke-16.
  • Mohamad Ali Mohamad dicalonkan di Kelebang, manakala Dr Asmah Samat di Pantai Kundor.
  • SPR menetapkan penamaan calon 31 Okt, pengundian awal 10 Nov dan mengundi 14 Nov.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan