Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

BERSATU Kekal Komited Perjuangkan Kepentingan Rakyat Selepas PRN Melaka

bersatu
Kredit: Facebook Radzi Jidin

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menegaskan komitmen untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara meskipun Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 telah selesai.

Naib Presidennya, Datuk Radzi Jidin berkata, keputusan pilihan raya itu mencerminkan pilihan rakyat Melaka dan semua calon yang berjaya dipilih perlu melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan sebaik mungkin.

Menurutnya, BERSATU turut merakamkan penghargaan kepada semua pengundi yang telah memberikan undi dan kepercayaan kepada parti itu sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

Beliau berkata, penghargaan sama turut ditujukan kepada semua calon serta jentera parti yang telah berusaha sepanjang tempoh berkempen.

Dalam pada itu, Radzi berkata, BERSATU akan terus memainkan peranan menyuarakan kepentingan rakyat, selain berusaha mencari penyelesaian terhadap pelbagai permasalahan yang dihadapi masyarakat.

“BERSATU kekal komited untuk terus berkhidmat kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.

Intipati
  • BERSATU menegaskan komitmen memperjuangkan kepentingan rakyat selepas PRN Melaka ke-16 selesai.
  • Radzi Jidin berkata keputusan pilihan raya mencerminkan pilihan rakyat Melaka.
  • Parti itu merakamkan penghargaan kepada pengundi, calon dan jentera sepanjang kempen.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan