Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail bersama Ketua Polis Pahang yang baharu, Datuk Mohammad Shaharul Md Osman serta beberapa pegawai di Wisma Sri Pahang.
Wan Rosdy berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memperkukuh kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keamanan dan keselamatan negeri terus terpelihara.
Menurutnya, peranan pihak polis dalam menjaga keamanan perlu mendapat sokongan masyarakat melalui sikap bertanggungjawab, pematuhan undang undang serta kerjasama dengan pihak berkuasa.
Katanya, hubungan erat antara kerajaan negeri dengan PDRM diharap dapat terus diperkukuh demi memastikan Pahang kekal aman, harmoni dan sejahtera.

