Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

NEXSEC2026 Perkukuh Kerjasama Dan Pembangunan Bakat Keselamatan Siber Negara

NEXSEC2026
(Dari kiri) Syed Mokhsien Syed Mansor, Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian MCMC; YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC); YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi; YBrs. Abdul Karim Fakir Ali, Pengarah Urusan MCMC; dan YBhg. Datuk Zurkarnain Mohd Yasin, Penasihat Kanan (Operasi) MCMC.

KUALA LUMPUR, 26 November 2026 – NEXSEC2026 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), yang berlangsung pada 25 dan 26 November 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), melabuhkan tirainya hari ini. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah.

YBhg. Datuk Abdul Halim menegaskan bahawa pembinaan ekosistem keselamatan siber yang kukuh memerlukan komitmen berterusan serta kerjasama erat antara kerajaan, industri dan institusi pengajian tinggi. Pendekatan ini penting bagi memastikan negara mempunyai kepakaran, keupayaan teknikal dan kesiapsiagaan yang diperlukan untuk menghadapi landskap ancaman siber yang sentiasa berkembang.

Dengan penyertaan kira-kira 1,500 peserta dari Malaysia dan negara-negara ASEAN, NEXSEC2026 menyediakan platform kepada pemain industri, pakar keselamatan siber, ahli akademik dan bakat muda untuk bertukar-tukar pandangan, berkongsi pengalaman serta meneroka penyelesaian inovatif dalam menangani cabaran keselamatan digital.

Pelbagai pengisian telah dilaksanakan, termasuk Simposium Perkongsian Teknologi, Meja Bulat Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (CISO), Pameran Teknologi dan Bakat serta pertandingan Capture the Flag (CTF). Pengisian ini memberi peluang kepada peserta untuk memperluas jaringan profesional, meningkatkan kemahiran praktikal dan memahami keperluan sebenar industri keselamatan siber.

Antara acara kemuncak majlis penutupan ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan CTF dan Pameran Teknologi dan Bakat bagi kategori universiti.

Pertandingan CTF menyaksikan pasukan Perisai+ dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul sebagai juara, membawa pulang wang tunai RM3,000, plak dan sijil termasuk sijil EC-Council.

Kedudukan lima pasukan terbaik dalam pertandingan Capture the Flag (CTF) adalah seperti berikut:

Kedudukan

Pasukan

Universiti

Hadiah Wang Tunai

Pertama

Perisai+

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

RM3,000

Kedua

Pwncookies

Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU)

RM2,500

Ketiga

iphonekupi

Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

RM2,000

Keempat

Error404

Multimedia University (MMU)

RM1,500

Kelima

Darksword

Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)

RM1,000

Kesemua lima pasukan turut menerima plak dan sijil sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian masing-masing.

Selain itu, hadiah turut disampaikan kepada tiga pemenang sesi pembentangan inovasi (Pitching Session) NEXSEC2026 sebagai pengiktirafan terhadap kreativiti, keupayaan teknikal dan kebolehan mereka dalam menghasilkan penyelesaian inovatif bagi menangani cabaran keselamatan siber.

Penganjuran pertandingan CTF dan sesi pembentangan inovasi ini mencerminkan komitmen MCMC dalam mencungkil serta mengasah bakat muda, memupuk kreativiti dan menggalakkan pembangunan penyelesaian inovatif dalam bidang keselamatan siber. Inisiatif ini turut menyokong pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan dan daya tahan ekosistem digital negara.

Intipati
  • NEXSEC2026 anjuran MCMC berakhir di MITEC selepas berlangsung pada 25 dan 26 November.
  • Program itu menghimpunkan kira-kira 1,500 peserta dari Malaysia dan negara ASEAN.
  • Pasukan Perisai+ UIAM menjuarai pertandingan CTF, membawa pulang RM3,000, plak dan sijil.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan