Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Orang Yang Tak Pernah Hadapi Rintangan & Kesusahan Tak Boleh Jadi Pemimpin - Prabowo

Kredit: TEMPO

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto percaya bahawa mereka yang tidak pernah mengalami kesusahan dan penderitaan tidak boleh menjadi pemimpin.

Memetik portal Tempo, bagi Prabowo, halangan dan cabaran dalam hidup diperlukan demi pembentukan karakter seseorang

"Boleh dikatakan bahawa seseorang yang tidak menghadapi rintangan, kesukaran dan penderitaan tidak mampu menjadi seorang pemimpin. Itulah realitinya," kata Prabowo pada Jumaat.

Tambahan lagi, beliau percaya bahawa keberanian adalah salah satu sifat yang mesti dimiliki oleh seorang pemimpin.

Nilai empati, kebijaksanaan perlu ada - Prabowo

Pun begitu, keberanian mesti disokong oleh nilai-nilai kebaikan dan empati.

“Keberanian tanpa kebajikan boleh melahirkan seorang pemimpin, tetapi mungkin pemimpin yang tidak berhati-hati, tidak bijaksana dan akhirnya membahayakan mereka yang dipimpinnya,” ujar Prabowo.

Dalam kesempatan itu, beliau turut menceritakan kembali ketika beliau memimpin pasukan khas Tentera Darat Indonesia.

Prabowo mendakwa pengalamannya sebagai seorang pemimpin memberinya keupayaan untuk menilai seseorang hanya dengan sekilas pandangan.

Ekoran itu, beliau menekankan kepentingan menyediakan generasi akan datang agar berdaya tahan dalam menghadapi persaingan antarabangsa.

Beliau tidak mahu generasi Indonesia yang akan datang mudah berputus asa atau merungut.

"Adakah generasi kita sekarang akan kuat dalam menghadapi persaingan antarabangsa yang semakin sengit? Atau adakah mereka akan mudah berputus asa, merungut dan meminta bantuan," soalnya.

Intipati
  • Prabowo berkata individu tanpa pengalaman rintangan dan penderitaan tidak mampu menjadi pemimpin.
  • Beliau menegaskan keberanian pemimpin mesti disokong nilai kebaikan, empati dan kebijaksanaan.
  • Prabowo mahu generasi Indonesia dipersiapkan supaya lebih tahan menghadapi persaingan antarabangsa.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan