Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Nishan Velupillay Pemain Berdarah Malaysia Pertama Beraksi Di Piala Dunia 2026
Pemain sayap Australia, Nishan Velupillay, mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama berdarah Malaysia beraksi di pentas Piala Dunia FIFA 2026.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Vancouver, Nishan dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-61 dan membantu Australia mencatat kemenangan 2-0 ke atas Türkiye.
Pemain berusia 25 tahun itu beraksi di posisi sayap untuk skuad Australia yang dibimbing oleh Tony Popovic.
Nishan mempunyai pertalian dengan Malaysia menerusi bapanya, Sasinath Velupillay, seorang rakyat Malaysia berketurunan Tamil Sri Lanka. Ibunya pula, Gillian Velupillay, berasal daripada keturunan Anglo-India.
Karier pemain itu mula berkembang menerusi program pembangunan remaja Melbourne Victory sebelum berjaya menembusi skuad utama kelab berkenaan.
Prestasinya semakin menyerlah apabila muncul sebagai penjaring terbanyak Melbourne Victory bagi musim 2024/2025, sekali gus membuka jalan untuknya mengukuhkan kedudukan dalam skuad kebangsaan Australia.