Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bila sebut emas, benda pertama yang terlintas kat kepala mesti rantai, gelang atau cincin yang selalu dipakai masa kenduri, raya atau hari istimewa. Paling tidak pun, mesti terbayang orang simpan barang kemas dalam peti kat rumah.
Tapi hakikatnya, bukan semua orang minat pakai emas. Ada yang rasa tak kena dengan diri sendiri, ada yang lebih selesa tampil ringkas tanpa aksesori, lagi-lagi ramai anak muda sekarang memang lebih suka gaya yang simple.
Cumanya tak suka pakai emas tak bermaksud tak boleh atau tak nak simpan emas langsung.
Ada yang tak cukup modal dan akhirnya niat nak menyimpan tu terus tertangguh sebab fikir emas bukan satu benda yang murah.
Dan sekarang ni cara orang menyimpan emas pun dah banyak berubah dan jauh lebih mudah berbanding dulu.
Dulu kalau nak ada emas, kebanyakan orang akan beli barang kemas atau jongkong emas sebab itu antara pilihan yang paling biasa.
Sekarang ramai pilih untuk tak pakai emas tapi tetap jadikan emas sebagai simpanan sebahagian daripada perancangan kewangan masa depan.
Selari dengan perubahan gaya hidup kini, cara orang miliki emas dah jadi lebih fleksibel, senang nak beli, boleh ikut bajet sendiri.
Sebab tu dah makin ramai sedar nilai emas bukan terletak pada dipakai atau tidak, tapi pada fungsinya sebagai aset yang boleh disimpan dalam jangka panjang. Yang penting, pilih cara menyimpan yang sesuai dengan kemampuan sendiri.
Sama macam banyak perkara lain yang dah beralih ke digital, cara menyimpan emas pun tak terkecuali, orang ramai dah tak semestinya perlu lagi pegang emas fizikal.
Sekarang dah ada platform yang membolehkan pengguna beli dan simpan emas secara digital tanpa perlu risau pasal tempat simpanan dan keselamatan barang kemas sebab semuanya dalam satu platform.
Yang menariknya, siap boleh mula dengan jumlah yang kecil dan tambah sedikit demi sedikit ikut bajet sendiri so takyah tunggu duit banyak baru nak mula menyimpan.
Antara pilihan yang boleh dipertimbangkan ialah Pos ArRahnu Gold-i, iaitu perkhidmatan emas digital patuh syariah yang ditawarkan oleh Pos ArRahnu dengan kerjasama Go Capital Growth Sdn Bhd sebagai penyedia emas.

Yang bestnya sini orang ramai tak perlu mula dengan modal besar pun, beli emas dengan serendah RM10 pun dah boleh.
Jadi lebih ramai orang berpeluang mula menyimpan mengikut kemampuan masing-masing tanpa perlu tunggu kumpul modal yang tinggi.
Selain membeli dan mengumpul emas, pengguna juga boleh menjual semula simpanan untuk tunai atau menukarkannya kepada emas fizikal apabila diperlukan.

Perkhidmatan ini turut disokong oleh pengalaman lebih sedekad Pos ArRahnu dalam perkhidmatan berkaitan emas, selain rangkaian Pos Malaysia yang terdapat di seluruh negara.
Tambahan pula, emas yang ditawarkan juga disandarkan kepada emas fizikal sebenar yang disokong oleh pengiktirafan dan pengesahan LBMA, SIRIM dan NMIM.
Lepas beli, semua simpanan emas pun senang nak urus dalam platform Pos ArRahnu Gold-i di posarrahnugold.ace2u.com. Nak tengok berapa jumlah emas yang dah ada atau buat urusan beli dan jual pun semuanya terus dari situ.
Cara menyimpan emas sekarang dah tak semestinya orang perlu pakai emas atau simpan secara fizikal. Yang penting, orang ramai boleh berpeluang memiliki aset emas dengan cara yang lebih sesuai dengan gaya hidup hari ini.
Dengan pelbagai pilihan yang ada, kita boleh pilih kaedah yang paling sesuai dengan gaya hidup dan kemampuan masing-masing.
Nota: Harga emas tertakluk kepada pergerakan pasaran. Fahami terma produk dan nilai kemampuan sendiri sebelum membuat keputusan untuk membeli, menjual atau menukar simpanan emas.