Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pakai MySejahtera Je, Ini Cara Lapor Orang Merokok Di Kawasan Larangan

lapor merokok MySejahtera

Orang ramai kini boleh membuat aduan sekiranya ternampak atau berasa terganggu dengan individu merokok di kawasan larangan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan sistem MyLapor sebagai saluran aduan digital di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Sistem yang mula beroperasi pada 12 Oktober itu dibangunkan bagi memudahkan orang awam membuat aduan, selain membantu KKM menguruskan aduan dan tindakan penguatkuasaan dengan lebih sistematik.

Bagi yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuat aduan secara dalam talian, mari min kongsikan di bawah;

Cara Lapor Merokok Dalam MySejahtera

1. Buka MySejahtera, bagi yang tiada boleh muat turun di Google Playstore atau AppStore

2. Klik pada icon MyLapor pada paparan hadapan

3. Klik 'Laporkan di sini'

4. Pilih jenis kesalahan

5. Muat naik gambar bukti

6. Masukkan nama tempat

  1. Hantar

Aduan akan disalurkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat berdasarkan lokasi kejadian. Pengadu juga boleh menerima notifikasi mengenai status aduan menerusi aplikasi MySejahtera.

Dengan adanya saluran ini, orang ramai boleh melaporkan kesalahan tanpa perlu bersemuka dengan individu yang merokok di kawasan larangan.

Maklumat tepat bantu tindakan penguatkuasaan

KKM memaklumkan, aduan digital dapat membantu pihaknya memantau laporan, mengenal pasti lokasi yang memerlukan perhatian dan merancang tindakan penguatkuasaan dengan lebih berkesan.

Orang ramai digalakkan memberikan maklumat yang tepat dan lengkap ketika membuat aduan bagi membantu siasatan.

Penglibatan masyarakat juga diharap dapat meningkatkan pematuhan terhadap larangan merokok serta melindungi orang ramai, khususnya kanak-kanak, daripada pendedahan kepada asap rokok.

Pemilik dan pengusaha premis pula digalakkan memaparkan kod QR MyLapor di tempat yang mudah dilihat serta memastikan larangan merokok dipatuhi.

Intipati
  • KKM memperkenalkan MyLapor dalam MySejahtera untuk aduan merokok di kawasan larangan.
  • Pengguna perlu memilih kesalahan, memuat naik gambar bukti dan memasukkan lokasi kejadian.
  • Aduan disalurkan kepada PKD terdekat, manakala status boleh dipantau melalui MySejahtera.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan