Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seiring dengan peredaran zaman ni, semua perkara kini menjadi semakin mudah. Di pasaran, ada macam-macam peralatan atau gajet moden yang dicipta untuk memudahkan aktiviti manusia, dari bangun tidur di pagi hari hinggalah tiba masanya untuk baring semula di waktu malam.
Begitu juga untuk kerja-kerja memasak di dapur, ada seribu satu jenis teknologi terkini nak mudahkan tugas-tugas ibu menyediakan makanan untuk keluarga tercinta. Salah satunya, tentulah penciptaan air fryer. Bayangkan, dengan satu alat ini, banyak jenis masakan yang boleh disediakan, hanya tinggal set tetapan dan tekan butang je. Mudah, tunggu je sampai siap.

Lagi pula, orang kata goreng menggunakan air fryer ini lebih jimat kerana tak perlu lagi memasak menggunakan dapur gas dan tak perlu guna minyak masak terlalu banyak atau kerap. Bila tak perlu guna minyak masak, maknanya juadah yang disediakan jadi lebih sihat la. Dapur pun tak kotor kerana tiada percikan minyak yang melekat pada dinding perlu dilap seusai memasak.
Tetapi, walaupun mudah untuk digunakan, sebenarnya ramai juga daripada kita yang sering melanggar tujuh pantang larang penggunaan air fryer semasa memasak, yang akhirnya merugikan diri sendiri dan berisiko kepada kesihatan. Kalau langgar pantang larang ni, confirm mak-mak akan menyesal sebab air fryer cepat rosak.

Apa tujuh pantang larang tersebut? Kami kongsikan dibawah.
1. Isi sampai penuh
Ya, isi sampai penuh air fryer semasa memasak boleh memendekkan jangka hayat peralatan tersebut. Tambah pula, ia mungkin menyebabkan makanan yang hendak dimasak, misalnya ayam panggang, tidak masak sepenuhnya atau tidak sekata.
Jadi, apa kata anda ubah tabiat ini semasa memasak.
2. Langsung tak guna minyak masak
Sekurang-kurangnya, sapu sedikit minyak pada makanan yang hendak dimasak. Fungsi minyak ini untuk menjadikan makanan lebih rangup dan sedap dimakan. Minyak ini juga memudahkan makanan untuk masak dengan sekata.
3. Tak sapu sedikit minyak pada permukaan air fryer
Tujuannya bagi memudahkan anda untuk mengeluarkan makanan nanti apabila sudah siap dimasak. Minyak yang disapu pada permukaan air fryer atau pada bahagian bawah dapat mengelakkan makanan daripada melekat dengan air fryer.
4. Tak membalikkan makanan
Walaupun anda menyerahkan tugas memasak kepada air fryer, namun sentuhan dan ‘air tangan’ anda tetap diperlukan. Untuk memastikan makanan dapat dimasak dengan sekata, anda perlu membalikkan makanan yang dimasak, sama seperti anda menggoreng menggunakan kuali.

Jadi, barulah makanan yang dimasak menggunakan air fryer tidak masak sebahagian je.
5. Letak terlalu rapat dengan dinding atau peralatan lain
Air fryer mengeluarkan haba ketika memasak. Ini bermakna, pengaliran udara yang baik diperlukan untuk memastikan air fryer dapat berfungsi dengan baik. Bimbang, jika suhu luar air fryer meningkat terlalu mendadak, ia boleh mendatangkan kerosakkan pula nanti.
6. Tak basuh selepas digunakan
Ini memang selalu kita buat. Walaupun air fryer tadi tak berminyak terlalu teruk, tetapi minyak-minyak yang pada bahan-bahan yang dimasak, seperti lemak ayam boleh melekat pada permukaan dalam air fryer.
Lemak-lemak ini jika dibiarkan terlalu lama, boleh mengeras dan semakin sukar dibersihkan. Bau kurang menyenangkan juga boleh hadir dan menjadikan makanan yang dimasak selepas ini jadi tak menyelerakan untuk dimakan.
7. Air fryer tak berkualiti
Bila nak beli barang-barang elektrik ini, kita cenderung nak membeli barang yang dijual pada harga yang berpatutan, hingga sering kali mengabaikan soal kualiti. Misalnya, bahagian lapisan dalaman air fryer yang mudah tertanggal apabila dibasuh atau pun mudah berkarat. Keadaan ini sudah tentu boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Soalnya bukan tentang harga berpatutan, tetapi tentang kualiti. Sebenarnya ada je air fryer dalam pasaran yang dijual pada harga berpatutan dan mempunyai kualiti yang setanding atau menyamai air fryer harga kayangan. Cuma kena pandai buat pilihan je.
Harga berpatutan dan kualiti terbaik
Bagi memudahkan tugas anda untuk membeli air fryer pada harga berpatutan dan berkualiti tinggi, apa kata anda dapatkan air fryer jenama Gaabor. Salah satu produk air fryer yang terkenal dan menjadi pilihan ramai adalah Gaabor X GWEICH 4.5L Air Fryer (GWA-45M01).

Model ini memang memiliki banyak kelebihan dan sememangnya sangat berbaloi untuk dimiliki oleh setiap orang, tak kira sama ada anda kerap ke dapur atau pun sekali sekala memasak. Kalau anda bujang ataupun dah berkeluarga, Gaabor X GWEICH 4.5L Air Fryer (GWA-45M01) ini lagilah berbaloi-baloi untuk dimiliki.

Bersaiz 4.5 Liter, air fryer ini hadir dengan rekaan yang sangat menawan dan elegan. Untuk model ini, ia didatangkan dengan warna matte. Memang kena betul warna ini bila diletak di dapur.
Paling menarik, pada bahagian luar periuknya pula, ada satu ‘tingkap’ kaca bersaiz 6 inci yang tujuannya untuk memudahkan anda melihat makanan yang dimasak di dalam. Jadi, sebelum tarik keluar periuk tersebut, anda boleh jenguk dahulu untuk tengok sama ada makanan sudah masak atau belum.

Untuk lapisan bahagian dalam, Gaabor menggunakan non-stick coatting gred makanan 304, iaitu gred yang dikategorikan selamat untuk digunakan pada peralatan memasak.
Selain itu, untuk bahagian butang kawalan dan tetapan, ia diletakkan di bahagian atas. Kedudukan ini memang memudahkan tugas anda untuk mengakses semua tetapan yang disediakan. Terdapat 10 tetapan program masakan yang disediakan untuk model ini.

Di bahagian atas ini juga terdapat dua knot disediakan itu knot masa berganda dan knot kawalan suhu. Anda boleh menyelaraskan suhu bermula daripada 80 hingga 200 darjah celcius manakala kawalan masa di antara 0 – 60 minit.
Paling utama, Gaabor X GWEICH 4.5L Air Fryer (GWA-45M01) disertakan dengan fungsi Child Safety Lock iaitu fungsi yang boleh mengurangkan risiko bahaya kepada kanak-kanak. Jadi, anda tak perlu bimbang soal keselamatan anak-anak di dapur. Apa pun kanak-kanak tak digalakkan menggunakan peralatan elektrik tanpa pengawasan orang dewasa tau.

Harganya pula, memang berpatutan sangat-sangat. Dengan pelbagai kualiti dan teknologi yang ditawarkan, Gaabor X GWEICH 4.5L Air Fryer (GWA-45M01) ini dijual pada harga RM 189.00 seunit. Wowww, mana nak dapat ‘barang baik’ macam ni kan.
Anda boleh membeli air fryer ini di Shopee dan juga Lazada. Lepas ini nak beli air fryer, pastikan beli yang berkualiti tinggi iaitu Gaabor x GWEICH 4.5L Air Fryer (GWA-45M01)!