Seorang wanita bernama Lisianne dari Quebec, Kanada ternampak seekor kucing terbiar yang kelihatan kelaparan lalu dia memutuskan untuk memberi makanan dan minuman kepada kucing tersebut.
Dia menamakan kucing tersebut sebagai Usagi bahkan memberi makanan dan minuman sudah menjadi rutin harian baginya. Lama-kelamaan dia memperoleh kepercayaan daripada kucing terbiar tersebut.

Beberapa minggu berlalu, Usagi memutuskan untuk memperkenalkan Lisianne kepada keluarga kecilnya. Kucing tersebut membawa anaknya satu persatu sehingga keenam-enam mereka berbaris di beranda rumah Lisianne. Anak kucing berusia 6 minggu itu tidak tumpah seperti versi mini Usagi, dan sangat jelas kelihatan bahawa keluarga kecil itu memerlukan pertolongan.

Lisianne memujuk ibu dan anak-anaknya memasuki ke dalam rumahnya. Lisianne memutuskan untuk memberikan merawat di sebuah klinik haiwan berdekatan. Doktor haiwan mengesahkan bahawa anak-anak kucing tersebut menghidapi kesukaran pernafasan dan ia mungkin menjadi asbab Usagi membawa anaknya kepada Lisianne.
Kini, kesemuanya telah pulih dan bersedia berjumpa dengan tuan baru tidak lama lagi untuk menjalani sisa hidup mereka dengan selesa.
Sumber: The Dodo