Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Dia Belum Faham..." Wanita Sebak Lihat Anak Kecil Cuba Bermain Dengan Ibu Yang Sudah Tiada

Anak Bermain Dengan Ibu
Kredit: Threads @nabilashahida
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kehilangan orang tersayang merupakan antara pengalaman paling menyakitkan untuk dihadapi, lebih-lebih lagi apabila insan yang pergi itu ialah seseorang yang sangat rapat dengan kehidupan kita.

Bagi anak kecil yang masih belum memahami sepenuhnya tentang kehidupan dan kematian, kehilangan ibu atau bapa mungkin menjadi sesuatu yang sukar difahami kerana mereka belum mengerti bahawa insan tersayang itu tidak akan kembali seperti dahulu.

Baru-baru ini, tular di Threads sebuah video menyentuh hati yang memaparkan gelagat seorang anak kecil ketika berada di sisi keranda ibunya yang telah meninggal dunia.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @nabilashahida, anak kecil itu dilihat mengelilingi keranda ibunya yang sudah ditutup sambil mengetuk bahagian keranda berkenaan.

Anak Kecil Cuba Bermain Dengan Ibu Yang Sudah Tiada

Tidak cukup dengan itu, si kecil berkenaan turut dilihat cuba memanggil ibunya sebelum mengintai di bawah kain yang menutupi keranda seolah-olah mahu melihat wajah insan yang disayanginya itu.

Menurut @nabilashahida, anak kecil tersebut masih belum memahami erti kehilangan dan hanya mengetahui bahawa ibunya berada di dalam keranda berkenaan.

Lebih meruntun hati, anak kecil itu juga dikatakan cuba bermain cak-cak atau peek-a-boo dengan ibunya, seperti yang mungkin pernah dilakukannya ketika mereka bersama sebelum ini.

“Dia belum faham, yang dia tahu cuma mummy dia ada kat dalam tu tapi dia tak tahu yang mummy dia takkan jaga dia lagi.

“Dia siap main cak lagi bagi mummy dia terkejut. Allahu, sedihnya,” katanya.

Perbuatan polos itu mengundang rasa sebak kerana bagi seorang anak kecil, ibunya mungkin masih dilihat sebagai insan yang boleh diajak bermain dan tempat untuk mendapatkan kasih sayang serta perhatian.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut berkongsi kisah kehilangan insan tersayang yang pernah mereka lalui, selain meluahkan rasa sedih melihat keadaan anak kecil berkenaan.

Semoga roh arwah ibu kepada anak kecil itu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman, manakala anak kecil berkenaan diberikan kekuatan serta dikelilingi insan yang dapat menjaganya dengan penuh kasih sayang.

Sumber:Threads
Intipati
  • Video tular di Threads memaparkan anak kecil berada di sisi keranda ibunya.
  • Kanak-kanak itu dilihat mengetuk keranda dan cuba memanggil ibunya beberapa kali.
  • Warga maya berkongsi rasa sebak serta pengalaman kehilangan insan tersayang di ruangan komen.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan