Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Muka Mirip Dengan Penjenayah Paling Dikehendaki, Lelaki Ni Ditangkap Polis 5 Kali Dalam Masa 3 Hari

Gambar via Oddity Central

Kata orang tua-tua, dalam dunia ada tujuh orang yang muka seiras dengan kita. Tak dapat dipastikan sama ada betul atau tidak kita ada ‘kembar’ seramai itu. Tapi hakikatnya pelanduk dua serupa tu memang ada.

Begitu juga lelaki dari wilayah Jilin, Utara China ini. Kerana wajahnya yang sangat mirip dengan penjenayah yang lari dari penjara, lelaki ini dilaporkan telah ditangkap sebanyak lima kali dalam tempoh tiga hari oleh pihak polis setempat.

Menurut Global Times, penjenayah tersebut yang dikenali sebagai Zhu terlepas dari penjara 18 Oktober lalu. Pihak polis menawarkan ganjaran 700,00 yuan atau sekitar RM464 ribu kepada individu yang memberi maklumat dan membantu pihak polis menangkap semula Zhu.

Mendengar ganjaran lumayan yang ditawarkan, masyarakat setempat mula mencari keberadaan Zhu sehingga tersalah tangkap lelaki tempatan ini. Mirip seperti Zhu, lelaki tersebut turut mempunyai wajah, ekspresi muka dan gaya rambut yang sama.

Memetik laporan Oddity Central, Zhu akhirnya berjaya ditangkap pada 28 November lalu. Zhu yang sepatutnya bebas dari penjara dalam masa dua tahun kini terpaksa menjalani tempoh tahanan tambahan sebagai hukuman atas perbuatannya melarikan diri dari penjara.

Sumber: Oddity Central