Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tindakan Terpuji! Lelaki Terjumpa Beg Plastik Berisi RM19,300, Pilih Serah Kepada Polis

Terjumpa RM19,300
Kredit: Facebook Polis Daerah Setiu

Kejujuran adalah antara sifat yang paling dihargai semua orang, apatah lagi apabila ia melibatkan wang ringgit tanpa mengira jumlahnya.

Begitulah kisah seorang lelaki, Hamid Samat, yang menemukan wang tunai berjumlah RM19,300 ketika berada di lokasi kemalangan baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Polis Daerah Setiu berkongsi kisah kejujuran Hamid yang mengambil tindakan bertanggungjawab dengan menyerahkan wang tersebut kepada pihak polis.

Lelaki Terjumpa Wang RM19,300, Pilih Serahkan Kepada Polis

Menurut perkongsian itu, Hamid diberikan penghargaan sebagai tanda pengiktirafan atas kejujuran dan integriti yang ditunjukkannya.

“Polis Daerah Setiu telah mengadakan penyerahan sijil penghargaan kepada seorang orang awam, Encik Hamid bin Samat, bertempat di Pejabat Ketua Polis Daerah Setiu sebagai tanda pengiktirafan atas kejujuran dan integriti yang telah ditunjukkan oleh beliau,” menurut kenyataan itu.

Menurut pihak polis, Hamid menemukan wang berkenaan di dalam sebuah beg plastik berwarna hijau berhampiran sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Ketika berada di lokasi kejadian untuk melihat keadaan kenderaan berkenaan, beliau mengambil inisiatif menyerahkan wang itu kepada Pegawai Bertugas (OCS) Balai Polis Sungai Tong untuk tindakan lanjut.

Hasil tindakan tersebut, wang berkenaan berjaya diserahkan semula kepada waris yang berhak.

“Ketika berada di lokasi kejadian untuk melihat keadaan kenderaan berkenaan, Hamid telah mengambil tindakan yang bertanggungjawab dengan menyerahkan wang tersebut kepada Pegawai Bertugas (OCS) Balai Polis Sungai Tong untuk tindakan lanjut.

“Hasil tindakan tersebut, wang berkenaan berjaya diserahkan semula kepada waris yang berhak,” katanya.

Dalam pada itu, Polis Daerah Setiu menyifatkan sikap sedemikian sebagai contoh yang wajar dicontohi masyarakat dalam kehidupan seharian.

Menurut pihak polis, integriti bukan sekadar nilai yang diucapkan, sebaliknya perlu dibuktikan melalui tindakan yang ikhlas dan beretika.

Majlis penyerahan sijil penghargaan itu turut dihadiri Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri bin Mohd Zain, dan Timbalan Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ahmad Badrul Hisyam bin Ghazali.

Turut hadir ialah KBST, Insp. Tengku Hazlan bin Tengku Hazmi, Ketua Polis Balai Sungai Tong serta dua anggota trafik.

Intipati
  • Hamid Samat menemukan wang tunai RM19,300 dalam beg plastik hijau di lokasi kemalangan.
  • Beliau menyerahkan wang itu kepada Pegawai Bertugas Balai Polis Sungai Tong untuk tindakan lanjut.
  • Polis Daerah Setiu memberikan sijil penghargaan kepada Hamid atas kejujuran dan integritinya.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan