Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Hai La Anak, Tebal Muka Mak Kau Ni.." - Terhibur, Mak-Mak 'Se-Malaysia' Spill Drama Si Anak

anak
Kredit: Threads

Bila bercakap tentang pengorbanan seorang ibu, bukan semuanya melibatkan perkara besar.

Kadangkala, melayan permintaan kecil anak-anak pun sudah cukup menguji kesabaran dan memerlukan usaha yang bukan sedikit.

Ada sahaja yang mereka mahukan. Mak-mak mesti faham situasi ini.

Bila anak dah berkenan sesuatu, selagi belum dapat, selagi itulah perkara sama disebut mereka. Bangun tidur cerita benda itu, nak tidur pun boleh ditanya lagi.

Sudahnya, mak jugalah yang cuba mencari. Walaupun ada masanya terpaksa menebalkan muka demi memenuhi permintaan si kecil.

“Hai la anak, tebal muka mak kau ni semata-mata spender Ejen Ali”

Itulah yang dilalui seorang ibu apabila anaknya menginginkan seluar dalam bercorak Ejen Ali seperti yang dipakai rakannya.

Menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, wanita berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai ibu kepada Firuz sebelum bertanya sama ada penerima mesej itu merupakan ibu kepada Aisy.

Selepas mendapat balasan, barulah dia menjelaskan tujuan sebenar menghubungi wanita tersebut.

Rupa-rupanya, Firuz memberitahu bahawa dia ternampak Aisy memakai seluar dalam Ejen Ali dan sudah lama meminta untuk mendapatkan yang serupa.

“Boleh tahu ke beli ke mana?” tanyanya.

Lebih mencuit hati, ibu Aisy pula mengakui berasa gementar pada awalnya kerana menyangka anaknya ada mengganggu Firuz.

“Nervous ingatkan Aisy ada kacau Firuz,” balasnya berserta emoji ketawa.

Ibu Firuz turut mengakui malu untuk bertanyakan perkara itu. Namun, permintaan anak yang berterusan membuatkannya tetap meneruskan ‘misi’ mencari seluar dalam berkenaan.

“Malu jugak nak tanya. Tapi selagi tak dapat, selagi tu la dia menekan-nekan,” katanya.

Aduhai, macam-macam kan karenah anak-anak? Pada kita mungkin sekadar corak pada pakaian, tetapi pada mereka, itulah yang berkenan di hati.

Mak pula, walaupun malu nak bertanya, tetap cuba usahakan. Begitulah antara cerita kecil dalam membesarkan anak yang boleh mengundang senyum apabila dikongsikan.

Ejen Ali Punya Hal, Mak Juga Tebal Muka... Netizen Tumpang 'Spill The Tea' Drama Anak-Anak

Perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi dan perhatian orang ramai, khususnya mak-mak di seluruh Malaysia.

Sumber:Threads
Intipati
  • Seorang ibu menghubungi ibu kepada rakan anaknya untuk bertanya lokasi membeli seluar dalam Ejen Ali.
  • Anaknya, Firuz, mahu pakaian sama selepas ternampak Aisy memakai seluar dalam bercorak watak tersebut.
  • Perbualan WhatsApp itu mendapat perhatian ramai, khususnya mak-mak yang memahami karenah anak kecil.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan