Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Minta Ucapan Daripada Atuk PMX Dan Nenek, Respon Dr Wan Azizah Buat Ramai Tersenyum

ucapan
Kredit: Threads khaizura9189
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Permintaan seorang kanak kanak untuk mendapatkan ucapan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempena konvokesyen prasekolah mencuri perhatian pengguna media sosial.

Iklan

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna akaun @khaizura9189 memaklumkan anaknya baru sahaja selesai menghadiri majlis konvokesyen prasekolah SKKP2.

Kredit: Threads khaizura9189

Menurutnya, anak kecil itu begitu bersemangat untuk membuat persembahan dan turut berharap mendapatkan ucapan daripada individu yang dianggap sebagai atuk dan nenek.

“Semalam baru selesai konvokesyen prasekolah SKKP2. Semangat dia membuat persembahan. Nak minta ucapan daripada atuk PMX @anwaribrahim_my dan nenek @drwanazizah,” kongsinya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian apabila Dr Wan Azizah membalas permintaan berkenaan dengan ucapan tahniah serta doa buat kanak kanak itu.

Kredit: Threads khaizura9189

“Alhamdulillah, tahniah cucunda maktok. Semoga terus menjadi anak yang hebat, membahagiakan kedua ibu ayah, dan berjaya dunia dan akhirat. Amin,” balas Dr Wan Azizah.

Dalam pada itu, pengguna Threads @kochaa_ turut menitipkan doa agar kanak kanak berkenaan membesar menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan akhirat.

“Tahniah si comel. Semoga menjadi anak solehah, berjaya di dunia dan akhirat,” doanya.

Seorang lagi pengguna, @faraember, turut meninggalkan komen dengan berkongsi bahawa dia juga merupakan bekas murid sekolah berkenaan.

“Dulu aunty pun sekolah SKKP2, awak comel sangat,” komen pengguna itu.

Sumber:Threads
Intipati
  • Seorang kanak-kanak prasekolah berharap menerima ucapan daripada Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah.
  • Ibunya berkongsi permintaan itu di Threads selepas majlis konvokesyen prasekolah SKKP2 selesai.
  • Dr Wan Azizah membalas dengan ucapan tahniah serta doa untuk kejayaan kanak-kanak itu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan