Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Permintaan Ibu Di Threads Raih Perhatian, PM Anwar Dan Dr Wan Azizah Titip Ucapan Untuk Anak

ANWAR
Kredit: Threads kochaa_
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Hasrat seorang ibu untuk mendapatkan ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena kejayaan anaknya menerima Anugerah Kecemerlangan akhirnya mendapat perhatian apabila permintaannya dibalas oleh Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Iklan

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @kochaa_, yang pada awalnya sekadar mencuba nasib dengan meminta kedua dua pemimpin berkenaan menitipkan ucapan buat anaknya.

Kredit: Threads kochaa_

Menerusi hantaran tersebut, dia turut menandakan akaun Threads rasmi Anwar, @anwaribrahim_my dan Dr Wan Azizah, @drwanazizah dengan harapan permintaannya mendapat perhatian.

“Harini anak saya menerima Anugerah Kecemerlangan. Nak minta ucapan tahniah daripada DS Anwar Ibrahim dan DS Dr Wan Azizah. Agak agak dapat tak?” tulisnya.

Tidak disangka, permintaan tersebut mendapat respons daripada Dr Wan Azizah yang turut menitipkan ucapan tahniah serta doa buat anak berkenaan.

“Masya-Allah, hebatnya!

“Tahniah! Maktok doakan semoga cucunda terus membesar menjadi anak yang hebat dan membanggakan kedua ibu dan ayah. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Amin,” tulisnya.

Ucapan itu turut mengundang reaksi pengguna lain yang sama sama menumpang gembira atas kejayaan anak berkenaan.

Pengguna Threads, @dr_amal_amani, turut mengucapkan tahniah kepada anak tersebut sambil memuji peranan ibu bapanya.

“Tahniah kakak. Hebat kakak, hebat ibu, hebat ayahnya,” responsnya.

Sementara itu, @drzulkiflihasan turut menitipkan doa agar anak berkenaan membesar menjadi insan yang cemerlang dan solehah.

“Salam. Alhamdulillah, tahniah. Semoga membesar menjadi anak yang cemerlang dan solehah, dunia dan akhirat,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @mohdhanzo, pula berseloroh bahawa anak berkenaan bertuah kerana menerima doa daripada individu yang dianggap hebat.

“Cerah masa depan budak ini, ambil berkat doa orang orang hebat,” komenya.

Kredit: Threads kochaa_

Lebih mencuri perhatian, Anwar turut meninggalkan ucapan tahniah buat anak berkenaan dengan pesanan supaya terus berusaha dan menjadi insan berilmu serta berakhlak mulia.

“Alhamdulillah, tahniah kepada anak! Teruskan usaha, baca buku setiap hari dan sayangi ibu bapa. Semoga menjadi insan berilmu dan berakhlak mulia.

“Tahniah juga kepada ibu bapa dan guru,” tulisnya.

Sumber:Threads
Intipati
  • Seorang ibu di Threads meminta ucapan tahniah daripada Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah.
  • Dr Wan Azizah membalas dengan ucapan tahniah dan doa untuk kejayaan anak berkenaan.
  • Anwar turut menasihatkan anak itu supaya terus berusaha, membaca buku dan menyayangi ibu bapa.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan