Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lifebuoy Lancarkan Kempen “Kekal Segar & Bersih”, Perluaskan Akses Kebersihan

Syamimi
LIFEBUOY

Lifebuoy Lancarkan Kempen “Kekal Segar & Bersih”, Perluaskan Akses Kebersihan

Lifebuoy, jenama sabun antibakteria terkemuka dunia, dengan kerjasama Watsons Malaysia dan HOPE worldwide Malaysia, melancarkan kempen “Kekal Segar & Bersih” menerusi program pembangunan komuniti di Kampung Bindu, Chenderiang.

Majlis pelancaran ini menghimpunkan pemimpin tempatan, keluarga serta rakan komuniti, menandakan bermulanya usaha berskala nasional merentas beberapa negeri. Tumpuan inisiatif ini diberikan kepada komuniti Orang Asli dan golongan kurang mendapat perhatian melalui peluasan akses sanitasi asas, pendidikan kebersihan serta sokongan keperluan harian.

Sebagai sebahagian daripada kempen “Kekal Segar & Bersih”, inisiatif ini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan akses kepada kebersihan dalam kalangan bagi komuniti rentan. Lifebuoy bersama rakan kerjasamanya akan menyediakan sokongan sanitasi serta mengagihkan pek penjagaan kebersihan yang merangkumi produk Lifebuoy dengan formulasi 10X Perlindungan Kuman di lima lokasi terpilih. 

Inisiatif ini akan dimulakan di perkampungan Orang Asli di Perak sebelum diperluaskan dengan pembinaan 10 buah tandas di kawasan yang kurang mendapat perhatian di Seremban, Melaka, Gerik, Pulau Pinang dan Kuching.

Selain itu, kempen ini juga akan memperluaskan pengagihan pek penjagaan kebersihan kepada komuniti yang kurang mendapat perhatian di seluruh negara. Secara keseluruhannya, inisiatif “Kekal Segar & Bersih” menyasarkan untuk membantu sekitar 2,300 keluarga melalui penyediaan produk kebersihan asas dan keperluan harian, sekali gus menyokong amalan kebersihan yang lebih baik dalam komuniti yang memerlukan.

“Selama 130 tahun, Lifebuoy sentiasa komited dalam memperjuangkan pendidikan kebersihan kerana kami percaya bahawa amalan mencuci tangan yang betul mampu menyelamatkan nyawa. Misi kami bukan sekadar menghasilkan produk kebersihan , tetapi melindungi nyawa dengan meningkatkan kesedaran, memperluas pendidikan serta mempertingkatkan akses kepada keperluan kebersihan asas. Melalui kempen Kekal Segar & Bersih, kami berharap dapat meningkatkan akses kepada sanitasi, di samping memperkasa keluarga dengan ilmu serta amalan yang diperlukan bagi melindungi kesihatan mereka dan generasi seterusnya,” kata Ketua Pembersihan Kulit Unilever Malaysia Siti Suhaila Abd Hamid.

Menyediakan Kemudahan Lebih Baik, Memupuk Amalan Berpanjangan

Majlis pelancaran ini melibatkan lebih 150 penduduk dari Kampung Bindu dan Kampung Landor, di mana dua tandas komuniti dan empat tandas keluarga yang dibina serta ditaja oleh Lifebuoy Malaysia telah diserahkan kepada keluarga yang sebelum ini tidak mempunyai kemudahan sanitasi yang mencukupi di kediaman mereka. Penambahbaikan ini membantu memperkukuh akses kepada sanitasi yang selamat, yang merupakan salah satu hak asasi manusia, serta menjadi asas penting kepada tahap kesihatan dan kesejahteraan komuniti secara keseluruhan.

Melalui aktiviti pendidikan yang dijalankan sepanjang program keluarga turut didedahkan cara kuman boleh merebak dengan mudah melalui sentuhan dengan permukaan, makanan dan persekitaran, menekankan kepentingan amalan kebersihan yang baik dalam melindungi kesihatan keluarga.

“Akses kepada kemudahan sanitasi yang selamat dan ilmu tentang kebersihan secara langsung dapat meningkatkan kesejahteraan komuniti. Melalui kerjasama ini, kami memastikan keluarga mempunyai alat serta keyakinan untuk mengamalkan kebersihan yang baik setiap hari,” kata Pengarah Negara HOPE worldwide Malaysia, Darick Wong.

Penduduk turut menerima pek penjagaan yang mengandungi kit kebersihan dan produk mandian daripada rangkaian perlindungan kuman Lifebuoy dengan formulasi 10x Perlindungan Kuman. Selain itu, mereka turut menerima barangan keperluan asas daripada Watsons Malaysia dan keperluan harian, termasuk barangan runcit bernilai RM 69,000.00 bagi menyokong keperluan asas dan amalan kebersihan di rumah. Pelbagai aktiviti dan permainan interaktif turut diadakan bagi membantu keluarga memahami cara kuman merebak serta kepentingan mengekalkan amalan kebersihan yang baik.

Memperkukuh Ilmu Kebersihan untuk Kesihatan Harian

Antara pengisian utama acara ini ialah sesi pendidikan kebersihan interaktif yang dikendalikan oleh profesional penjagaan kesihatan, bertujuan membantu ibu bapa memahami bagaimana amalan kebersihan yang mudah dapat mencegah penyakit serta melindungi kesihatan keluarga.

Sesi ini turut menampilkan demonstrasi glo-germ yang membolehkan peserta melihat dengan jelas bagaimana kuman boleh merebak melalui sentuhan harian. Dengan menvisualisasikan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, aktiviti ini mengukuhkan lagi kepentingan amalan kebersihan yang betul, termasuk penggunaan sabun untuk menghapuskan kuman secara berkesan.

Kanak-kanak juga mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti mewarna di luar, yang direka khusus untuk memperkenalkan konsep kebersihan dengan cara yang menyeronokkan dan mudah difahami.

Latihan Jurulatih: Memperluaskan Impak Melangkaui Komuniti 

Sebagai pelengkap kepada usaha ini, Lifebuoy dan HOPE worldwide Malaysia turut memperkenalkan program Latihan Jurulatih (Train-the-Trainer). Program ini bertujuan melengkapkan sukarelawan NGO dengan kemahiran dan ilmu yang diperlukan untuk terus menyampaikan pendidikan kebersihan dalam komuniti masing-masing di seluruh Malaysia.

“Melalui kempen ini, kami menyampaikan ilmu yang akan terus berkembang jauh selepas acara hari ini. Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat mendorong perubahan positif dalam amalan kebersihan harian, daripada perkampungan luar bandar hingga ke kawasan kejiranan bandar,” tambah Siti Suhaila Abd Hamid.

Kempen “Kekal Segar & Bersih” merupakan inisiatif berteraskan komuniti oleh Lifebuoy Malaysia, dengan sokogan Watsons Malaysia dan dilaksanakan melalui kerjasama HOPE worldwide Malaysia. Program ini memberi tumpuan kepada peningkatan akses kebersihan, pemerkasaan pendidikan serta sokongan kepada komuniti Orang Asli dan golongan B40 di seluruh Malaysia.