Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Indonesia Mengamuk Di Kg Sg Bangsat Ditahan

Gambar sekadar hiasan

Labuan: Seorang lelaki warganegara Indonesia yang dipercayai mengalami masalah mental tiba-tiba bertindak agresif dan mengamuk menggunakan sebilah pisau di rumahnya di Kg Sg Bangat di sini pada Rabu malam.

Iklan

Lelaki berumur 29 tahun itu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri turut mengancam untuk menikam anggota polis yang tiba di tempat kejadian.

Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata keadaan itu bagaimanapun berjaya dikawal anggota polis dengan lelaki itu berjaya ditahan.

Polis merampas pisau berukuran 36cm daripada lelaki itu serta menemukan pedang ‘Samurai’ sepanjang 110cm dalam bilik tidur lelaki itu, katanya dan menurutnya punca kejadian sedang disiasat.

— BERNAMA