Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lagu Hindi Klasik Dendangan PM Anwar Curi Perhatian Ramai

anwar
Kredit: Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian ramai di media sosial selepas beliau menyanyikan lagu Hindi klasik berjudul Khwab Ho Tum Ya Koi Haqeeqat dendangan penyanyi legenda, Kishore Kumar.

Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi Facebook beliau, Anwar secara spontan menyanyikan lagu Hindi itu sambil berdiri di sisi sebuah piano yang dimainkan oleh seorang lelaki.

“Guru minta izin nyanyi kejap ok!,” kongsi beliau di Facebook.

Menariknya lagi, Anwar dilihat cukup menghayati nyanyian itu dengan 'sulaman' irama piano.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, yang rata-ratanya teruja serta terhibur melihat sisi santai Anwar.

“Luar biasa! Benar-benar sesuatu yang sangat mengagumkan dan patut dipuji!. Hanya insan yang mempunyai jiwa dan hati yang indah mampu menghayati serta menghargai seni muzik dengan begitu mendalam. Terima kasih, Perdana Menteri,” komen seorang pengguna.

Anwar berkongsi momen santai itu ketika jadual padat beliau menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, India.

Intipati
  • Anwar Ibrahim berkongsi video menyanyikan lagu Hindi klasik di laman rasmi Facebook beliau.
  • Beliau menyanyi secara spontan sambil berdiri di sisi piano yang dimainkan seorang lelaki.
  • Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi warga maya yang teruja dan terhibur.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan