Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lagi Kes Pemandu Dipercayai Mabuk, Kali Ini Langgar Kereta Peronda Polis

Kredit: Twitter Nannaz17

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Seorang pemandu yang disyaki mabuk melanggar sebuah kereta peronda polis di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima maklumat awal mengenai satu kemalangan jalan raya pada pukul 4.02 pagi melibatkan sebuah kereta berada di tengah jalan dalam keadaan rosak teruk dan tidak boleh bergerak.

“Anggota berpangkat koperal yang bertugas meletakkan kereta peronda polis dipandunya di belakang kenderaan kemalangan (tengah jalan) itu dan memasang lampu biru serta lampu kecemasan selain membantu kawalan lalu lintas.

Mohd Zani berkata pemandu kereta Nissan itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan.

Sumber: BERNAMA