Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Mula muncul dengan siri video parodi di laman media sosial, nama Nur Amira Maslan, 30, atau lebih dikenali sebagai Kak Girl mula melonjak naik dalam industri hiburan tanah air.
Namun siapa sangka, disebalik gelagatnya bersama suami yang lucu menjadi penghibur orang lain, ada kisah yang disimpan tidak terluah.
Menurut laporan media arus perdana, Kak Girl telah sah bercerai talak satu pada ahad lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor. Punca keretakkan rumahtangga mereka dipercayai adalah disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka
Malah Kak Girl juga ada memuatnaik gambar di laman instagramnya semalam, seolah-olah mahu memberi ‘hint’ mengesahkan perkara tersebut.
“kuat mana diikat, pasti akan terlucut, andai disambung lagi,tidak sekuat dulu, kerana cuma aku, yang menarik bukan lagi tanganmu “
Gambar berkenaan dipenuhi komen darip pengikutnya yang rata-rata memberikan kata semangat dan mendoakannya.




Sumber: Kak Girl Sebenar