Pernah tak anda melakukan urusan jual beli dalam talian dan tersalah anggap seseorang sebagai wanita hanya kerana cara mereka berkomunikasi?
Situasi lucu itu mungkin kedengaran biasa, tetapi lain pula ceritanya apabila dua lelaki saling memanggil 'puan' dan 'kak' ketika berurusan membeli bunga.
Menerusi hantaran yang dikongsi oleh seorang pengguna Threads @eannnastyyy, dia menceritakan pengalaman lucu ketika berurusan dengan seorang penjual bunga apabila kedua-duanya saling menggunakan gelaran 'puan' dan 'kak', meskipun masing-masing merupakan lelaki.

Difahamkan, salah faham itu berlaku sepanjang perbualan mereka ketika menguruskan tempahan bunga. Kedua-duanya dipercayai menggunakan panggilan tersebut kerana menyangka individu di sebalik mesej berkenaan ialah seorang wanita.
Situasi itu menjadi lebih menarik apabila urusan jual beli mereka tetap berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah, walaupun masing-masing tidak mengetahui identiti sebenar pihak yang sedang berurusan.
Saling Berpanggilan 'Puan' Dan 'Kak', Dua Lelaki Ini Mendapat Pengakhiran Yang Baik

Menerusi sambungan hantaran tersebut, pengguna berkenaan turut menunjukkan bukti pembayaran sebanyak RM200 kepada BRO BUNGA ENTERPRISE yang berjaya dilakukan pada 28 Oktober lalu.
Selepas pembayaran dibuat, penjual berkenaan membalas mesej dengan ucapan terima kasih sebelum bertanyakan mengenai tarikh pengambilan bunga.
Menariknya, panggilan yang digunakan dalam perbualan itu kemudiannya berubah apabila penjual mula menggunakan gelaran 'encik' ketika membalas mesej pelanggan berkenaan.
“Terus encik dan seterusnya... happy ending lah kan”, katanya di dalam hantaran itu.
Ramai Pernah Berada Di Situasi Yang Sama
Walaupun hanya melibatkan salah faham kecil ketika urusan jual beli, pengalaman tersebut ternyata mencuit hati kerana kedua-duanya pada awalnya menyangka sedang berurusan dengan seorang wanita.
Hantaran itu juga menarik perhatian ramai pengguna Threads yang pernah berada di situasi yang sama.
“Waktu pkp dulu la ramai sis sis. Skali delivery dua-dua berjanggut,” balas seorang pengguna Threads.
“Alamak, haritu pun ada sis sis kan florist ni tapi dia diam je (maybe dia pun dah redha). HAHAHA baru tau dia laki”, balas seorang lagi pengguna Threads.
Apa pun, sekurang-kurangnya urusan tempahan bunga tersebut berjalan lancar dan berakhir dengan gelaran yang lebih tepat.

