Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KPT Sarankan Semua IPT Tangguh Kemasukan Pelajar Baharu Dan Lama Dari Zon Merah Covid-19

Gambar: Bernama

PUTRAJAYA, 27 Sept (Bernama) — Kementerian Pengajian Tinggi menyarankan semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan zon merah secara bersemuka di kampus masing-masing yang dijadualkan bermula Oktober ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata sebaliknya, proses pendaftaran dan pembelajaran bagi kumpulan pelajar terbabit boleh dilakukan secara dalam talian.

“Para pelajar boleh pulang ke kampus masing-masing mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada setelah keadaan kembali pulih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi pelajar yang bukan dari kawasan zon merah, kemasukan ke IPT kekal mengikut kalendar akademik IPT masing-masing.

Noraini turut menasihati pelajar agar mengamalkan langkah pencegahan COVID-19 ketika berada di kampus masing-masing sekalipun semua IPT telah diarah memastikan pelaksanaan aktiviti akademik di kampus mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan.

— BERNAMA