Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kia Sales Malaysia Lantik Cycle & Carriage Sebagai Pengedar Baharu

Syamimi
cycle

Kia Sales Malaysia Lantik Cycle & Carriage Sebagai Pengedar Baharu

Kia Sales Malaysia Sdn. Bhd. (KSM) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Cycle & Carriage (C&C) sebagai rakan pengedar sah baharu, sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam strategi pertumbuhan jangka panjang dan peluasan rangkaian Kia di Malaysia.

Berucap pada majlis menandatangani perjanjian tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim berkata, “Pelantikan Cycle & Carriage, sebuah jenama automotif terkemuka di Malaysia dengan legasi menjangkau lebih 125 tahun, mencerminkan komitmen Kia untuk memperkukuh rangkaian jualan kami. Usaha ini juga bertujuan meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh negara, sekali gus meletakkan jenama Kia pada kedudukan yang lebih kompetitif dalam landskap automotif Malaysia yang dinamik.”

Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia, Adrian Short menambah, “Sebagai salah satu pengeluar kereta terbesar di dunia, Kia merupakan penambahan yang kukuh kepada portfolio kami. Kami berbangga untuk mengalu-alukan jenama ini dan berharap dapat memanfaatkan kepakaran automotif serta kecemerlangan perkhidmatan pelanggan Cycle & Carriage untuk memperluas capaian pasaran Kia, di samping memberikan pengalaman pemilikan yang luar biasa kepada pelanggan di Malaysia.” 

Kerjasama antara Kia Sales Malaysia dan Cycle & Carriage ini menyatukan dua kuasa utama dalam industri automotif tempatan. Ia menawarkan akses jualan yang lebih meluas kepada pelanggan Kia, sokongan selepas jualan yang dipertingkatkan serta pengalaman pemilikan yang lebih premium selaras dengan standard global terkini Kia.

Untuk sebarang pertanyaan jualan dan khidmat servis, atau bantuan tepi jalan 24-jam, sila hubungi Pasukan Perkhidmatan Pelanggan KSM di 1300 88 0133 atau e-mel ke [email protected].