Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kes Rogol, Culik Wanita Dilapor Meningkat Di Delhi Setelah Sekatan COVID-19 Dilonggarkan

Kredit: Vanguard News via Google

Kadar kes jenayah rogol dan culik melibatkan mangsa wanita di New Delhi, India dilapor semakin meningkat sejak sekatan COVID-19 dilonggarkan, lapor India Times.

Laporan Biro Rekod Jenayah Negara (NCRB) India menunjukkan, sebanyak 1,725 kes rogol dan 3,117 kes culik wanita dilaporkan setakat 31 Oktober baru-baru ini.

Angka tersebut dikatakan lebih tinggi dan meningkat berbanding semasa tempoh sekatan COVID-19 dikuatkuasakan di seluruh India sejak awal tahun lalu.

Dalam pada itu, kes jenayah keganasan rumah tangga melibatkan penderaan daripada suami dan mertua juga dilihat meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Untuk rekod, hanya 1,931 kes suami atau mertua dera isteri direkodkan di New Delhi setakat 31 Oktober tahun lepas, namun ia meningkat kepada 3,742 kes untuk tempoh sama bagi tahun ini.

Selain itu, kes jenayah terhadap wanita pada 2020 meningkat sebanyak 24.65 peratus dengan 10,093 kes berbanding 13,395 kes pada tahun 2019.

Sumber: India Times