Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kakitangan Khazanah Mangsa Terbaru, Disahkan Positif Covid-19

Kredit: Bernama/Google

Kuala Lumpur, 2 Mac – Khazanah Nasional Berhad mengesahkan bahawa salah seorang pekerja syarikat berkenaan positif COVID-19.

Menurut kenyataan rasmi syarikat itu, pesakit berkenaan kini sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan.

“Pihak berkuasa kesihatan telah memaklumkan Khazanah Nasional Berhad bahawa salah seorang pekerja kami telah disahkan dijangkiti virus COVID-19 dan kini dirawat di sebuah hospital kerajaan.

“Khazanah sedang memberi kerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan dan pengurusan premis pejabat kami sedang mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan dan keselamatan semua pekerja kami.

“Ini termasuk menyokong pihak berkuasa kesihatan mengenalpasti individu yang pernah berkontak rapat dengan pekerja yang dijangkiti,” tulis kenyataan tersebut.

Khazanah menyatakan akan terus beroperasi dengan gangguan minimum.

Sumber: Khazanah