Setiap orang pernah merasai sakit tidak kiralah pada tahap yang teruk ataupun tidak. Sakit merupakan perasaan seseorang mengenai keadaan fizikal atau emosi yang menyebabkan ketidakselesaan pada diri sendiri.
Kecederaan yang dialami di atas pelbagai faktor merupakan penyebab kepada rasa sakit. Misalnya, seorang individu yang terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan akan merasai sakit. Namun, kesakitan sebenarnya mempunyai skala yang tersendiri bagi menterjemahkan tahap kesakitan yang dialami.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pakar perubatan, Dr Zainal Adwin menerusi laman Twitter miliknya, di sebalik kesakitan yang dialami oleh seseorang, terdapat sains yang membuktikan bagaimana sesuatu kesakitan itu dirasai oleh seseorang.
https://platform.twitter.com/widgets.js
Menurutnya, kesakitan merupakan keadaan yang tidak menyenangkan dari segi fizikal atau emosi yang dikaitkan dengan kecederaan tisu atau potensi untuk cedera tisu. Kesakitan itu mempunyai perjalanan di mana ianya bermula dari stimulus sama ada mekanikal atau chemical sehingga ke pusat receptor pain.


Disebabkan bahan kimia tersebut, saraf reseptor pain akan menjadi aktif sehingga menyebabkan pelbagai jenis kesakitan. Antaranya ialah sakit yang serta merta dan tajam atau yang perlahan dan juga berdenyut.
Pembedahan juga merupakan salah satu punca kepada kesakitan yang dialami. Oleh itu, kebanyakan pembedahan akan dilakukan selepas pesakit tidak sedarkan diri. Namun, bagi pembedahan otak, ianya boleh dilakukan ketika sedar berikutan otak tiada reseptor pain yang boleh mewujudkan rasa sakit di dalam diri.

Sumber: Dr. Zainal Adwin
