Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Iran: COVID-19 Ragut Nyawa Komander IRGC Jeneral Shabani

Gambar:BERNAMA

ANKARA, 14 Mac (Bernama) — Komander Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) Brigedier Jeneral Nasser Shabani, meninggal dunia akibat penyakit COVID-19, menurut agensi berita Fars pada Jumaat.

Agensi berita Anadolu melaporkan, Shabani memulakan kerjayanya pada 1982 semasa Perang Iran-Iraq.

Selain China, Itali dan Korea Selatan, Iran adalah antara negara paling teruk terjejas.

Angka korban di Iran meningkat kepada 514 orang.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Kianoush Jahanpour berkata seramai 85 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu manakala 1,289 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan 11,364.

— BERNAMA