Seorang individu yang belum dikenalpasti dilapor telah melepaskan tembakan rambang berdekatan sebuah dewan muzik di Jerman, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan 7 cedera.
Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku malam Jumaat lepas di Berlin, di luar dewan Muzik Tempodrom.
Ketika kejadian, sebuah pementasan komedi Turki diadakan di dewan muzik berkenaan. bagaimanapun polis tidak dapat menyimpulkan sama ada insiden tembakan berkenaan mempunyai kaitan dengan acara tersebut.
Menurut, pasukan polis Jerman di Twitter, bahawa pelaku telah melarikan diri dari tempat kejadian dan pihaknya kini giat memburu suspek.
Agensi berita Jerman DPA melaporkan bahawa tiga orang mangsa yang tercedera hadir sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan sementara polis bersenjata dilihat berkawal di sekitar lokasi kejadian.
Sumber : Daily Star
