Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Honda Gold Wing Tour Kini Dalam Warna Hitam Gunmeta

Syamimi
GOLD

Honda Gold Wing Tour Kini Dalam Warna Hitam Gunmetal

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi motosikal touring premium mereka, Honda Gold Wing Tour menerusi warna eksklusif Gunmetal Black Metallic, sekali gus menyerlahkan lagi imej mewah dan premium model flagship Honda itu.

Dikuasakan oleh enjin enam silinder jenis flat-six bersesaran 1,833cc, penyejukan cecair, 4-lejang dan 24-injap SOHC, Honda Gold Wing Tour menawarkan prestasi yang lancar dan berkuasa, menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan jarak jauh.

Dipadankan dengan teknologi transmisi canggih 7-kelajuan Dual Clutch Transmission (DCT) Honda, model ini memberikan pengalaman tunggangan yang lebih responsif, pertukaran gear yang lancar serta keselesaan optimum buat penunggang dan pembonceng.

Model ini turut dilengkapi dengan sistem beg udara terbina dalam Honda, yang baru-baru ini menerima pengiktirafan ‘Malaysian Innovator of the Year’ menerusi anugerah Malaysia Motorcycle of The Year Award.

Direka untuk memberikan pengalaman tunggangan premium, Honda Gold Wing Tour hadir dengan pelbagai ciri moden seperti:

  • Apple CarPlay™ dan Android Auto™ tanpa wayar

  • Sistem interkom Bluetooth™ yang dipertingkatkan

  • Cermin penghadang angin boleh laras secara elektronik

  • Kotak simpanan atas berkapasiti 61 liter serta ruang bagasi tambahan

  • Tempat duduk suede/kulit sintetik dengan sudut sandaran pembonceng yang lebih selesa

  • Paparan TFT 7 inci untuk maklumat tunggangan dan audio

  • Sistem kawalan jelajah (Cruise Control) dengan Throttle-by-Wire (TBW)

  • Lampu LED penuh termasuk lampu kabus LED

  • Smart Key untuk kemudahan akses pencucuhan dan ruang simpanan

  • Dua port USB Type-C

  • Idling Stop System (ISS), Integrated Starter Generator (ISG) dan Hill Start Assist (HSA)

  • Dual Clutch Transmission (DCT), ABS serta Dual-Combined Braking System (D-CBS)

Warna, Harga dan Ketersediaan

Honda Gold Wing Tour kini ditawarkan dalam satu pilihan warna baharu:

Gunmetal Black Metallic

Harga cadangan runcit: RM217,388.00

Harga yang dinyatakan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. turut menawarkan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer, bergantung kepada mana yang terdahulu.