Honda HR-V Jadi Antara Yang Sangat Berbaloi Beli Sekarang, Tawaran Ini Jadi Punca
Bila sudah tiba masanya untuk beli kereta, mungkin banyak perkara yang dipertimbangkan oleh bakal pembeli. Daripada harga, reka bentuk, ciri-ciri dan spesifikasi serta keselesaan penumpang, semuanya akan diambil kira.
Zaman sekarang, ramai juga yang buat keputusan untuk memilih SUV kerana lebih selesa terutamanya bagi yang berkeluarga, mempunyai kabin yang luas dan pelbagai ciri keselamatan yang ada. Antara kereta SUV yang sering menjadi perhatian pembeli adalah Honda HR-V. Nak pelik, tapi inikan ‘barang’ Honda, jadi pasti ada banyak penyebab orang memilih model ini.

Antara SUV Paling Lengkap Dan Serba Guna
Pemilihan Honda HR-V sebagai kereta idaman kebiasaannya didorong oleh konsepnya yang penuh serba guna dan juga lengkap sebagai sebuah SUV keluarga. Kita mulakan dengan pertimbangan pertama, iaitu penggunaan minyak. Honda HR-V didatangkan dengan kecekapan bahan api yang tinggi dan menjimatkan di mana hanya perlukan 4.1L bagi perjalanan 100km, mengikut gaya pemanduan.
Selain itu, model ini juga dilengkapi dengan Multi-Utility Seat yang berikan gaya fleksibiliti kepada pengguna untuk melaraskan tempat duduk mengikut keperluan dan keselesaan. Honda HR-V ini juga didatangkan dengan tiga konfigurasi berbeza iaitu Tall Mode, Long Mode dan Utility Mode, supaya mudahkan pelbagai urusan seperti nak bawa barang panjang atau ketika perlukan ruang lebih buat. Ditambah pula dengan cabin yang luas dan praktikal, Honda HR-V boleh menjadi tempat ‘selesa’ buat pemandu dan penumpang yang menaikinya.

Kalau nak bercakap tentang ciri keselamatan dan keselesaan pemanduan, Honda HR-V memang lahir-lahir terus ada ‘360° View Camera’ yang boleh memberi gambaran persekitaran penuh kepada pemandu dengan lebih jelas. Ciri ini sangat diperlukan ketika hendak parkir atau pun melakukan pergerakan seperti mengundur dan melalui kawasan yang sempit.
Seperkara lagi yang jangan dilupakan, Honda HR-V dilengkapi dengan teknologi Honda SENSING yang merangkumi beberapa sistem pemanduan yang bantu pemandu dalam situasi tertentu. Antaranya mestilah Collision Mitigation Braking System (CMBS), Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lane Keeping Assist System (LKAS).
Honda HR-V ini bukan sekadar nampak sporty, tapi tork maksimum pun boleh mencecah 253Nm, dan ia sangat sesuai bagi yang mahukan pemanduan lebih bertenaga. Tindak balas kuasa yang lebih bertenaga mampu memberi keyakinan kepada pemanduan dalam beberapa situasi seperti memotong kenderaan lain.

Tawaran Honda HR-V Buatkan Pembelian Lebih Menarik
Honda baru-baru ini ‘menggila’ dengan tawaran yang boleh dikatakan tak masuk akal dek kerana memperkenalkan kempen Fun Begins with Honda yang menawarkan nilai sehingga RM22,000*.
Apa yang menarik dalam kempen ini adalah tawaran tiga tahun servis percuma* kepada pembeli Honda HR-V yang pastinya boleh menambahkan ketenangan minda, yang tidak perlu fikir kos penyelenggaraan. Bukan itu sahaja, kempen ini juga dihiasi tempoh 8 tahun waranti dengan mileage tanpa had serta 10 tahun bagi bateri hibrid dan juga komponen yang berkaitan. Walau bagaimanapun, tawaran ini juga *tertakluk kepada terma dan syarat.
Tak habis lagi, Honda dengan model HR-V melalui kempen ini turut menawarkan hadiah cabutan bertuah dengan 50% potongan harga bagi 6 bulan bayaran ansuran*, mengikut *terma dan syarat.

Jenama Honda Sering Diperkatakan
Bila sebut tentang model kereta, pastinya nama Honda tidak akan lari dari fikiran mahupun mulut untuk bercakap mengenainya. Namun, perkara itu tidak menghairankan kerana Honda seperti model HR-V ini mampu memberikan pengalaman pemanduan yang sangat baik dan juga keyakinan dan kepuasan setelah pembelian yang sentiasa ada ‘manisnya’.
Jadi, bagi yang sudah tiba masanya untuk membeli kereta dan masih berfikir-fikir, mungkin anda perlu ke mana-mana cawangan pengedar sah Honda untuk merasai sendiri pengalaman memandu model terkenal ini.
Sebelum ini, kalau nak meninjau dahulu tentang model dan tawaran ini dengan lebih lanjut, boleh terus melayari sosial media Honda di Facebook, TikTok dan Instagram @hondamalaysia serta boleh layari terus ke pautan INI.
