Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Guru, Kakitangan PPD Tawau Terlibat MQSS Diarah Jalani Ujian Saringan COVID-19

Kredit: Google

TAWAU, 18 April (Bernama) — Pejabat Kesihatan Tawau mengarahkan semua guru dan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau yang terlibat dalam Majlis Mahrajan al-Quran Sekolah Sekolah (MQSS) di sini, pada 10 dan 11 Mac lalu, untuk menjalani ujian saringan COVID-19.

Pegawainya, Dr G Navindran berkata gesaan itu berikutan seorang guru yang berada di MQSS berkenaan disahkan positif COVID-19.

“Surat kepada PPD Tawau dikeluarkan sejak semalam agar semua yang terlibat pada majlis itu tampil menjalani ujian pengesahan COVID-19.

“Dipercayai 76 individu terlibat dan perlu menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Tawau,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pegawai PPD Tawau, Zamri Pehakan berkata semua individu terlibat dalam MQSS itu sudah dimaklumkan mengenai arahan tersebut.

Sumber: BERNAMA