Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gimnas AS Biles Tarik Diri Acara Akhir Melombol, Palang Bertingkat

Gambar: Vanity Fair/Google

TOKYO, 31 Julai (Bernama) — Pasukan Gimnastik Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu mengesahkan Simone Biles menarik diri daripada final acara melombol dan palang bertingkat di temasya Olimpik Tokyo.

“Selepas berbincang dengan petugas perubatan, Simone Biles memutuskan untuk menarik diri.

“Gimnas itu akan terus dipantau setiap hari untuk menentukan sama ada boleh terus bertanding dalam disiplin senam lantai dan palang imbangan,” kata pasukan gimnastik AS lapor Xinhua.

Pada Khamis Biles turut menarik diri daripada acara akhir all-around.

Atlet itu dikatakan menarik diri atas masalah ‘kesihatan mental’.

Sumber: BERNAMA