Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Kuat 7.4 Magnitud Gegar Colombia, Turut Dirasai Di Beberapa Negara

Gempa Bumi Kuat
Kredit: MetMalaysia

Gempa Bumi Kuat 7.4 Magnitud Gegar Colombia, Turut Dirasai Di Beberapa Negara

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 menggegarkan Colombia dan beberapa negara Amerika Latin pada Isnin, dengan gegaran dirasai di Bogotá dan Quito, Ecuador, lapor AFP.

Perkhidmatan Geologi Colombia (SGC) dalam buletin terbaharunya merekodkan gempa itu pada magnitud 7.4 berbanding bacaan awal 6.6 magnitud.

SGC berkata gempa itu berlaku pada pukul 7.34 malam waktu tempatan dengan pusat gempa dikesan berhampiran San José del Palmar, Chocó pada kedalaman 100 kilometer.

Gegaran turut dirasai sejauh Panama di utara, manakala beberapa bangunan di Bogotá dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Sumber:AFP
Intipati
  • Gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan Colombia dan beberapa negara Amerika Latin pada Isnin.
  • Pusat gempa dikesan berhampiran San José del Palmar, Chocó, pada kedalaman 100 kilometer.
  • Gegaran dirasai di Bogotá, Quito dan Panama, manakala beberapa bangunan dikosongkan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan